Di Sebalik Tabir Clare Rewcastle Brown

AIDCNews – 4/8/15 – Clare Rewcastle Brown merupakan satu watak yang hidup secara rahsia di bawah bayangan broker, pelobi dan pembiaya Barat khususnya United Kingdom, Eropah dan Amerika Syarikat, dedah the Malaysian Spark.com.

Pada mulanya, Clare, pengasas dan editor Sarawak Report, memulakan latihannya dengan ‘menembak’ bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, namun kini telah mensasarkan pula tembakan terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dengan menggunakan peluru 1MDB.

Sebelum ini, Clare menyerang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman sebelum Pilihan Raya Umum 2013.

Untuk memahami mengapa Clare melakukan operasi-operasi itu, perlu juga ditelusuri siapakah individu-individu berkuasa dan berpengaruh yang merupakan sebahagian daripada lingkaran dunia naungan rahsia itu.

Suami Clare, Andrew Brown (foto kanan) adalah bekas wartawan dan kini merupakan pengarah komunikasi syarikat gergasi tenaga nuklear Perancis, EDF (Electricité de France).

Sebelum menyertai EDF, beliau merupakan pengarah strategi media Weber Shandwick, sebuah syarikat PR antarabangsa.

EDF mengendalikan 58 reaktor nuklear di Perancis dan menjadi pemain besar dalam pasaran elektrik di United Kingdom kini berhadapan dengan kempen global untuk mengubah persepsi kuasa nuklear.

Andrew melalui EDF telah berjaya melobi menteri di Britain dan terus bekerja di negara-negara lain untuk memperkenalkan proses perancangan pantas untuk membina loji nuklear baharu tanpa dipertikai masyarakat umum.

Beliau tinggal bersama Clare di Victoria, Central London. Pangsapuri mewahnya terletak tidak jauh dari kediaman abangnya, .

Gordon Brown (foto,kiri) adalah bekas Perdana Menteri Britain (2007-2010), seorang yang sangat berpengaruh di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau pula berkait rapat kepada spekulator mata wang dan pembiaya George Soros dan sering dijemput untuk memberi ucapan di Institut Soros Untuk Pemikiran Ekonomi Baharu (INET).

Gordon dan Andrew juga berkawan rapat pemburu wang, Ted S. Greenberg atau lebih dikenali sebagai Theodore S. Greenberg.

Ted Greenberg (foto,kanan, bersama isterinya Tammy Haddad) adalah bekas pendakwa yang menyiasat pengubahan wang haram, penipuan, rasuah dan pelanggaran kewangan, sebagai Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Timbalan Ketua Bahagian Penipuan, di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, serta sebagai Penolong Peguam Amerika Syarikat untuk Timur Daerah Virginia.

Beliau juga adalah seorang peguam kanan undang-undang untuk Bank Dunia yang mendraf rangka kerja pemulihan aset yang dicuri Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Ted, kini merupakan Presiden TG Global di Washington, memainkan peranan penting untuk memulihkan aset beratus-ratus juta yang disembunyikan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.

Berjuta-juta telah pun berjaya dikembalikan kepada Kerajaan Filipina dan Ted telah dibayar lumayan.

Ted, kini bekerja dalam beberapa kes yang berprofil tinggi termasuk pemulihan tidak kurang daripada AS $ 15 bilion aset yang disembunyikan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan, berbilion-bilion aset disembunyikan oleh Muammar Gadafi yang mati dibunuh di Libya dan aset Saddam Hussein di Iraq.

Ted berkahwin dengan pelobi berpengaruh di Washington, Tammy Haddad.

Tammy Haddad (foto,kiri, di atas kapal Tentera Udara AS bersama dengan Presiden Obama) adalah bekas eksekutif MSNBC (syarikat televeisyen terkemuka di AS) dan penerbit rancangan ‘Larry King Live’ (rancangan talk show).

Beliau merupakan personaliti yang berwarna-warni dan jika sering dianggap sebagai penjaja untuk memasuki pintu Washington.

Tammy mempunyai ramai kenalan rapat dalam Rumah Putih Obama.

Apabila Gordon Brown melancarkan bukunya,“Beyond the Crash: Overcoming the First Crisis of Globalization”, Tammy telah mengadakan sebuah parti mewah untuk beliau di Hotel Jefferson, Washington DC berhampiran dengan Rumah Putih.

Parti itu (foto, kanan, mengadakan parti mewah untuk Gordon Brown) sebagai pembuka pintu untuk Gordon meluaskan hubungan dengan peniaga dan rangkaian di Washington.

Berdasarkan susur galur dan latar belakang rangkaian Clare Rewcastle Brown itu, maka ia mempunyai motif tersendiri menyerang Malaysia melalui Sarawak Reportnya.

Gordon Brown mempunyai rakan lama, salah seorangnya adalah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Apabila Anwar dibebaskan pada tahun 2004, dia meninggalkan Malaysia serta-merta untuk berhijrah ke United Kingdom dan melawat ramai kawan-kawan, termasuk Gordon Brown yang ketika itu menteri kewangan, Britain.

Peranan yang sama turut Anwar lakukan kepada Menteri Kewangan atau Setiausaha Perbendaharaan di negara-negara lain.

Laporan Guardian pada September 2008 meringkaskan hubungan antara Anwar dan Gordon Brown.

(http://www.theguardian.com/world/2008/sep/10/malaysia2)

“Anwar tetap berterima kasih kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, antara lain mengakui bahawa peranan Gordon Brown merupakan punca Mahkamah Persekutuan Malaysia menterbalikkan keputusan bersalah kepada tidak bersalah pada tahun 2004 (dalam kes liwat), walaupun tuduhan rasuah terhadap beliau kekal.

“Anwar dibebaskan lewat tahun itu tetapi telah dihalang daripada menawarkan diri bertanding dalam Pilihanraya sehingga April tahun ini (2008).

“Selepas pembebasannya, Anwar memegang jawatan sebagai tenaga pengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown di Washington dan mengejar kempennya untuk menentang rasuah melalui jawatannya sebagai Presiden Kehormat AccountAbility, satu badan pemikir yang berpusat London yang menyokong tadbir urus korporat yang lebih baik”.

Operasi Clare dibantu oleh warganegara Malaysia, yang lahir di Sarawak, Peter John Jaban.

Jaban adalah seorang jurucakap hak asasi manusia untuk kaum Dayak dan merupakan juru hebah (DJ) di Cats FM apabila dia bertemu Clare pada tahun 2008.

Pada tahun 2010, Clare meminta Jaban menyertainya dalam inisiatif penyiaran Radio Free Sarawak sebagai DJ.

Jaban juga adalah penyokong utama kepada Anwar Ibrahim dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti Parti Keadilan Rakyat.

2 thoughts on “Di Sebalik Tabir Clare Rewcastle Brown

  1. Astaghfirullah !!!
    Perosak negara, agama dan bangsa yang sewajarnya rakyat Malaysia tidak menerima dan menyokong agenda mereka….. Penyokong2 mereka mesti dihukum kerana bersubahat dengan bekerjasama membawa orang asing campurtangan terhadap urusan kehidupan rakyat dan pentadbiran di negara ini. Jangan dibiarkan kumpulan pengkhianat seperti itu bertindak tanpa menghormati hak kedaulatan rakyat negara ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s