Khutbah Aidiladha: JAIP Tidak Akan Mohon Maaf Kepada DAP

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.

“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegas beliau.

“Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.

Malah, tegas beliau, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campurtangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.

“Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf,” katanya.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu.

Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.

“Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.

Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAP yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.

“Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan Tengku Zulpuri itu.

“Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang,” kata beliau.

“Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.

“Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri,” kata beliau lagi – Antarapos

_______________________________________________________________________

Advertisements

8 thoughts on “Khutbah Aidiladha: JAIP Tidak Akan Mohon Maaf Kepada DAP

  1. Memalukan mempunyai mufti yg ‘bias’.

    Quote Mufti,
    “Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang
    Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama
    Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana
    mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud
    sebahagian daripada Islam.”

    Apakah beliau sengaja buat buat tak tahu yang MCA juga sama kerasnya menentang hudud seperti DAP.

    Kenapa dibiarkan saja Umno bersatu dgn MCA?

    Apakah nasihat khutbah itu juga ditujukan pada Umno?

    Like

    • Smoker to vaper = Red Bean Army DAP dah terlepas masuk ke laman AIDC… admin sila pantau atau trace ip RBA ni.. kalau balas jawab pun otak dia bukan boleh terima fakta..

      Like

    • Lu cina, lu bca betul2…mca n mic bkn org islam la…lu jgn cmpur urusan agsma islam…klu lu org melayu memang lu tk de tuhan punye org..itu jaip ckp, jgn politik melebihi agama..mca n mic memang tk terima hudud tp tk kurang ajar mcm dap, menghalang hudud dijalankn..ini hudud utk org islam sj, bangsng betul ini org

      Like

  2. Mca?
    Wujud lagi kah mca dalam Bn?

    Siapa yg sokong hudud di kelantan?
    Jawabnya UMNO.

    Mca ada berapa kerat je dalam BN, semuanya berhati Dap. sebab itu mereka menentang Hudud.

    Mca menentang sebab Dap menentang.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s