Siasatan Terhadap Nurul Izzah Dan Tian Chua Dirujuk Kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR- Siasatan kes melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah selesai merakamkan percakapan Nurul Izzah, dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara setelah pihaknya mengambil keterangan Anggota Parlimen Batu Tian Chua.Read More »

PKR Berusaha Jalinkan Kerjasama PAS Dengan DAP & Amanah Dalam Pakatan Harapan Rakyat

shaha
Dr. Shaharuddin Badaruddin
AIDCNews – 30/11/15 –PKR sedang mengusahakan satu lagi blok pembangkang yang dinamakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ untuk membina kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika berucap dalam sesi Ucapan Penggulungan di Kongres Nasional Tahunan ke-11, di Shah Alam pada Ahad.

Beliau juga turut menggesa perwakilan PKR di peringkat negeri kembali mengadakan mesyuarat bersama PAS di negeri masing-masing.Read More »

Peguam Morais, Americk Sidhu Dipanggil Beri Keterangan

sindhu2
KUALA LUMPUR- Peguam Americk Sidhu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berhubung kenyataan yang dibuat anak guamnya, Charles Suresh Morais berhubung kematian abangnya, Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Americk perlu menjelaskan pelbagai dakwaan Charles menerusi akuan sumpah mendakwa kononnya kematian abangnya itu ada kaitan dengan kertas pertuduhan sedang disiapkan oleh mendiang melibatkan ‘pegawai tinggi kerajaan’.Read More »

Salahkah Kami Pertahan Kepentingan Rakyat ? YB Cheah

5 ADUNAIDCNews – 28/11/15 – Salahkah kami mempertahankan kepentingan rakyat?, soal salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, YB Cheah Kah Peng, ADUN Kebun Bunga kepada perwakilan PKR pada Kongres Nasional PKR ke-11, di Shah Alam, hari ini.

YB Cheah salah seorang daripada lima ADUN PKR yang memilih untuk berkecuali sewaktu undian dijalankan di DUN Pulau Pinang terhadap usul BN yang mencadangkan semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum. Read More »