Demi Allah, Najib Tidak Terlibat – Sirul Azhar

sirulKUALA LUMPUR – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Read More »

Advertisements

PRN Sarawak : PKR Selar DAP Mahu Rebut Kerusi Luar Bandar

pkr srkAIDCNews- 30/1/16 –PKR menyelar rakan sekutunya, DAP kerana parti itu bercita-cita mahu merampas kerusi milik parti Keadilan di luar bandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Mengakui wujud pergeseran antara kedua parti Pakatan Harapan itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata partinya tidak mahu pertelingkahan yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan, akan menjejaskan peluang PKR untuk memenangi kerusi di kawasan luar bandar.Read More »

PRN Sarawak: PAS Bertanding Di 11 Kerusi DUN, Bersedia Hadapi DAP

AIDCNews- 30/1/16 –PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN di negeri ini.Read More »

Berlaku “Letupan” Di SPRM

letupan sprm.pngpru14.tv – Isu RM2.6 bilion telah mencetuskan bukan hanya perebutan kuasa dalaman Umno. Ia juga telah mencetuskan perebutan kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol.

Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan yang rapuh, yang bererti beliau terdedah.Read More »

Skandal Dana Israel RM1.2 Billion, Kenapa DAP Takut Saman Razali, Soal PMSP

skandal 1.2
AIDCNews- 29/1/16 – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hairan dengan sikap pengecut DAP yang tidak mempunyai keberanian untuk menyaman bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abd Rahman berkaitan isu dana pilihan raya bernilai RM1.2 billion dari Israel.

Presiden PMSP, Dato’ Seri Ramesh Rao berkata beliau telah menghubungi Razali dan bekas aktivis DAP itu bersedia mengemukakan bukti, jika DAP menyaman dan membawa kes itu dibawa ke mahkamah.Read More »

PAS Perlu Hormati Hubungan PKR & PAN – Azmin

keadilan kelantanAIDCNews- 29/1/16 –PAS perlu menghormati hubungan yang sedia terjalin di antara PKR dan Parti Amanah Negara (PAN), walaupun PAS menolak untuk berada dalam Pakatan Harapan yang turut disertai DAP, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup PKR Kelantan di Kota Bharu, hari ini.Read More »

Malaysia & Arab Saudi Meterai MoU Kerjasama Pertahanan

arab saudi
KUALA LUMPUR – Malaysia dan Arab Saudi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan terutama dalam bidang sains, teknologi dan industri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman, yang juga Menteri Pertahanan memeterai perjanjian mewakili negara masing-masing.Read More »