‘Rasuah Dalam DAP Cukup Teruk’ – Tunku Abdul Aziz

tunku azizAIDCNews – 12/1/16 –Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pernah mendedahkan bahawa punca beliau keluar DAP pada Mei 2012 salah satunya disebabkan rasuah dalam parti itu yang cukup teruk.

Tunku Abdul Aziz, bekas Naib pengerusi Transparency International hanya mampu bertahan selama empat tahun dalam parti itu selepas dijemput oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyertai parti itu pada Ogos 2008.

“Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu. Ini antara sebab utama selain saya tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang dianjurkan Pakatan Rakyat(PR).

“Perhimpunan BERSIH itu bagus tetapi apabila mereka melanggar undang-undang, itu yang buat saya tidak bersetuju,” katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata, rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP mmelaungkan slogan anti rasuah.

“Saya sertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang. Masa itu,beliau selalu mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, saya sedar, ia hanya omong kosong sahaja.

“Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat.Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,”katanya.

Tunku Aziz juga turut mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah menjadikan DAP sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam mentadbir parti itu.

Advertisements

3 thoughts on “‘Rasuah Dalam DAP Cukup Teruk’ – Tunku Abdul Aziz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s