Azmin Di Belakang Kajian IDE ?

AIDCNews- 15/1/16 –Timbalan Pengerusi IDE (Institut Darul Ehsan), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menafikan beliau menerima tekanan politik khususnya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada memenuhi undangan DAP mengenai hasil kaji selidik politik.

IDE sebuah badan yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor diluluskan oleh Azmin dengan peruntukan sebanyak RM5 juta ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015.

Pengerusi IDE adalah bekas Presiden ABIM, Dato’ Dr Siddiq Fadzil.

Redzuan yang juga Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) mengakui beliau menolak undangan DAP untuk membentangkan hasil kajiannya kerana menganggap program itu tidak sesuai.

“Saya pernah dijemput DAP untuk menyampaikan satu pembentangan, (tapi) saya sebut bahawa majlis itu tak berapa sesuai dengan saya,” katanya kepada Sinar Online selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, di Shah Alam semalam.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusannya sendiri kerana ingin mengekalkan kredibilitnya sebagai ahli akademik dan enggan menjejaskan nama baik pusat pengajian tinggi yang diwakilinya itu sejak awal tahun ini.

“Saya harus dilihat mempunyai suasana atau kedudukan yang neutral. Tiada siapa beri arahan kepada saya pun, saya fikir sendiri, itu lebih baik bagi saya, walaupun orang kenal sebagai bekas Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dipecat,”katanya lagi.

unisel
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Pengerusi IDE yang juga Naib Canselor UNISEL

Pada 7 Jan lalu, IDE mengeluarkan kajian yang menunjukkan ketakutan bercampur kemarahan orang Melayu terhadap DAP adalah tinggi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar di negeri itu.

“Kemarahan dan kebencian ini kami kesan di kalangan Melayu luar bandar terutamanya, termasuk di kalangan ahli dan penyokong PAS.

“Hanya di kawasan yang dimenangi DAP saja menunjukkan peratusan kecil kemarahan itu,” kata Redzuan kepada The Malaysian Insider.

Redzuan berkata demikian berdasarkan kajian dijalankan IDE pada 13 – 15 November tahun lalu.

Dalam kajian melibatkan 1,716 responden di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor itu, IDE mendapati sentimen anti DAP sangat tinggi di kalangan Melayu, khasnya luar bandar.

Bagi soalan “DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina”, 72% responden Melayu mengatakan “Ya”, 12% berkata “Tidak” dan 16% lagi “Tidak pasti”.

Bagi soalan “DAP adalah parti yang anti Melayu dan anti Islam”, 64% pengundi Melayu di Selangor berkata “Ya”, 18% berkata “Tidak” dan 19% lagi “Tidak pasti”.

“Namun, kami dapati angka anti DAP ini rendah di kawasan wakil rakyat Cina seperti Parlimen Serdang yang diwakili Dr Ong Kian Ming dan Subang Jaya diwakili Hannah Yeoh,” kata Redzuan.

Kini, selepas kira-kira 2 bulan kajian itu berlalu, kemarahan terhadap DAP dikatakan meningkat ekoran serangan terhadap parti itu juga dibuat PAS, parti yang selama ini didakwa Umno sebagai kuda tunggangan DAP.

Baru-baru ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohamad Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan mendakwa DAP akan bekerjasama dengan Israel, negara yang diklasifikasikan haram oleh gerakan Islam seluruh dunia, termasuk PAS.

DAP didakwa menerima tawaran RM1.2 bilion sebagai balasan membenarkan Israel membina pangkalan tentera di Port Dickson jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.

Serangan Zuhdi dibuat berdasarkan kenyataan Mohamad Razali Abdul Rahman, yang mendakwa pernah bertugas sebagai bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Susulan itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata parti itu akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa ia ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, tanpa menyebut nama.

Advertisements

10 thoughts on “Azmin Di Belakang Kajian IDE ?

  1. Krediliti apa yang dibimbangkan Redzuan. Sebagai Timbalan Pengerusi IDE yang ditaja oleh Azmin Ali Redzuan sudah tentu mempunyai kepentingan politik. Sejak kajiannya di Universiti Malaya lagi hasilnya dipertikai. Redzuan adalah pendukung tegar Anwar Ibrahim bersama kawannya Dr Sidek Fadhil. ABIM sejak dulu mengambil sikap tidak partisen dalam politik. Lantaran Anwar Ibrahim dan Sidek Fadhil adalah kawan lama ia sanggup jadi Pengerusi IDE dan menerima bantuan 5 juta melakukan kerja untuk Azmin dan PKR. Sebagai hadian Redzuan dilantik Naib Canselor UNISEL universiti kerajaan Selangor. Integriti akademik apa yang hendak dijaga kerana lantikan itu adalah lantikan politik. Di UNISEL ada Dr.Mohd Nor Nawawi dan Dr Mohd Nor Manuty yang jauh lebih senior daripada Redzuan. Redzuan adalah pakar sejarah. Sejarah bakal menguangi jejak. Percayalah!

    Like

  2. Pandangan Maulana amat penting diteliti. Zaman Anwar Ibrahim dalam kerajaan Dr.Siddiq Fadhil mengambil pendekatan non-partisen dengan kerajaan. Pertimbangannya untuk maslahah ummah. Zaman Anwar jadi pembangkang dan terpalit dengan segala macam perkara Siddiq Fadhil mengambil sikap partisen kerana Anwar adalah kawan lama. Proses tabayyun tidak berlaku sebaliknya ghairah akhirnya menerima 5juta ringgit habuan dan menyebabkan ramai kepimpinan utama ABIM meninggalkan organisasi itu atau bersikap berkecuali. Perjuangan ABIM atas prinsip Kebenaran dan Keadilan tidak lagi dijadikan matlamat. Berkumpul di belakang Institut Darul Ihsan untuk membantu Azmin adalah langkah yang bercanggah dengan perjuangan ABIM yang dihormati sekian lama. Apakah Siddiq Fadhil yang menjadi pendukung regim Azmin akan tetap menyokong Azmin walaupun Cikgu Bard dan Rafizi sedang membongkar banyak skendal yang dikatakan berlaku. Kesian ahli ABIM yang sifatnya sami’na waatakna (patuh dan taat) kerana perjuangan ABIM sudah lari dari landasan. Orang-orang ABIM seperti Redzuan Othman, Md.Nor Manuty, Md.Nor Nawawi Amidi Manan dan ramai lagi sedang bernaung dibawah UNISEL atas pengaruh Azmin. Bayangkan kalau Azmin tidak lagi menjadi MB Selangor kemana mereka akan berpaut. Kesian sebuah perjuangan yang dihormati kini menjadi alat politik orang berkepentingan. Sedarlah semua orang ABIM akan penyimpangan yang sedang terjadi.

    Like

  3. Dr. Sidek Fadhil adalah de facto yang mengawal perjuangan ABIM dan WADAH. Syura yang berlangsung selalunya adalah ikut telunjuk beliau sendiri. Seperti dikatakan oleh Maulana dulu moto perjuangan ABIM ialah Kebenaran dan Keadilan dan mengambil pendekatan non partisan terhadap parti politik. Kini dibawah teraju Sidek Fadhil dalam Institut Darul Ehsan dan pembantunya Dr Redhuan Othman menerima bantuan 5 juta ringgit sangat partisan menentukan Azmin bertahan di Selangor. Kajian Redzuan selalu dalam pertikaian. Responden yang dipilih tidak mewakili dan menyeluruh. Dapatannya tidak ada merit. Sayang sekali ABIM yang banyak berjasa dalam dakwah dan tarbiyyah di pimpin oleh orang yang berkepentingan. Memang benar ramai pemimpin ABIM yang dulu berjuang bersama ABIM sudah meninggalkan organisasi itu kerana ia menyimpang dari haluan utama perjuangan. Bagi saya mendukung keadilan dan kebenaran adalah suatu amanah. Tidak ada masalah sebagai badan dakwah menyokong sesuatu dasar yang baik dari kerajaan mahupun dari pembangkang. Tetapi mendambakan diri untuk Azmin semata-mata ianya tidak menggambarkan dasar perjuangan ABIM yang sebenar dan integriti pemimpinnya. Sayang sekali orang-orang ABIM mendiamkan diri sedangkan dari sudut dakwah ianya bakal memberikan imej yang buruk kepada ABIM.

    Taksub ABIM kepada Anwar Ibrahim luar biasa sekali. Penglibatan Anwar sebagai Pengarah Foundation of the Futures frontline Amerika di pandang sepi. Hubungan rapat Anwar dan George Soros, Wollforbitz arkitek Perang Iraq, Al Gore tokoh gay yang terkenal membela Anwar dan ramai lagi simpatisan Yahudi dilihat macam biasa saja. Fahaman pluralisme agama yang menyatakan semua agama sama dan kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak lain adalah isu serius dan ABIM tidak melihatkan sebagai bercanggah dengan aqidah, tabayyun tidak terjadi kalangan kepimpinan ABIM dan Wadah menyebabkan kajian terhadap Anwar secara kritikal tidak berlaku. Sayang sekali jasa ABIM yang banyak semakin pudar pada pandangan pencinta Islam di Malaysia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s