Khairuddin Dakwa PAN Bakal Ganti UMNO Pada PRU 14

khaiAIDCNews – 31/3/16 –Tanpa apa-apa sandaran bukti, Dato Khairuddin Abu Hassan mendakwa Parti Amanah Negara (PAN) bakal menggantikan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Tuan-tuan, sokonglah Parti AMANAH, saya amat yakin Parti AMANAH bakal ambil alih tugas UMNO (sebagai kerajaan) pada PRU14 nanti,” kata Khairuddin dalam program ceramah ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran PAN Melaka yang diadakan di Permatang Pasir, Melaka malam tadi.Read More »

Dewan Undangan Negeri Sarawak Akan Dibubar Pada 11 April

KUCHING, 31 Mac – Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang akan menerajui Barisan Nasional Sarawak buat pertama kalinya dalam pilihan raya negeri, membuat pengumuman tentang pembubaran itu pada 2 petang hari ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.Read More »

Laporan ABC Sahkan Wang Dalam Akaun Najib Derma Daripada Keluarga Diraja Saudi

KUALA LUMPUR- Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.

Jurucakap itu juga berkata sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.Read More »