‘Grand Design’ DAP Untuk Menawan Putrajaya @ Impian Malaysia

grand dapAIDCNews – 03/3/16 –Dua ‘grand design’ untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) adalah menggunakan platform Pakatan Harapan (PH) dan Grand Coalition (GC)

PH dibentuk pada 22 September 2015 yang menggabung tiga parti pembangkang, DAP, PKR dan PAN yang bakal bertanding melawan BN pada PRU 14.

Datuk Saifuddin Abdullah (bekas timbalan menteri daripada UMNO) dilantik sebagai Ketua Sekretariat PH.

GC pula dihasilkan melalui retreat DAP Selangor Selasa lepas yang menghimpunkan tokoh-tokoh politik tertentu diklasifikasi mempunyai pengaruh yang mempunyai agenda sama untuk menyelamatkan Malaysia.

Salah seorang tokoh yang sudah dilantik dalam GC adalah Datuk Zaid Ibrahim (bekas menteri daripada UMNO) ditugaskan mengetuai perhimpunan Anti-Najib, 27 Mac ini.

Platform GC ini bertujuan untuk mengikis sokongan terhadap BN dan meningkatkan sokongan PH.

Kedua-dua platform ini diilhamkan oleh pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang bagi mencapai impian perjuangan parti itu untuk mewujudkan Malaysian Malaysia (Malaysia Untuk Rakyat Malaysia).

2 thoughts on “‘Grand Design’ DAP Untuk Menawan Putrajaya @ Impian Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s