ADUN DAP Didesak Letak Jawatan Kerana Lantang Kritik Guan Eng

AIDCNews – 04/4/16 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu didesak letak jawatan kerana lantang bersuara mengkritik kepimpinan Lim Guan Eng dan percubaan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal

Perkara tersebut didedahkan oleh pembantu Teh, Carolyn Khor dalam surat terbuka yang ditulis untuk mempertahankan bosnya itu.

Desakan terhadap Teh itu dilakukan oleh veteran DAP Pulau Pinang yang menghantar mesej supaya ADUN Tanjong Bungah itu meletak jawatan dan keluar daripada parti, dedah Khor.

Khor mengkritik desakan peletakan jawatan itu dengan berkata ia bertentangan dengan prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara memandangkan Teh telah dipilih oleh rakyat.

“Kita perlu menyelamatkan Pulau Pinang daripada genggaman pemimpin autokratik yang tidak lagi dapat membezakan antara yang betul dan salah,” kata Khor yang juga Ketua Komunikasi Wanita PKR dalam satu kenyataan.

Khor berkata Guan Eng sepatutnya memanfaatkan cadangan untuk memulihkan semula popularitinya di kalangan rakyat Pulau Pinang yang semakin merosot susulan publisiti buruk dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.

Katanya, Guan Eng juga sepatutnya tidak berasa tergugat dengan cadangan itu.

Sementara itu, usul yang dikemukakan oleh Teh berhubung pindaan Perlembagaan Undang-Undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri akan disemak Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri, sebelum memutuskan sama ada akan dibahas atau tidak pada sidang dewan bulan depan.

Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang (ADUN PKR Bukit Tambun) berkata pihaknya menerima usul ADUN Tanjong Bungah itu dan ia akan dibincang selepas tamat tempoh pemberitahuan usul dikemukakan iaitu 14 hari sebelum DUN bersidang.

“DUN Pulau Pinang akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas pada 10 Mei ini…jadi semua wakil rakyat masih mempunyai masa sehingga 25 April ini untuk mengemukakan usul mereka kepada pejabat DUN.

“Semua usul yang dihantar akan disemak dan diteliti dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan DUN sebelum ia (usul) dibenarkan untuk dibahas.

“Jadi sama juga untuk usul oleh ADUN Tanjung Bungah itu, ia akan disemak dan diteliti pejabat Speaker DUN terlebih dahulu sebelum boleh dibahas pada persidangan dewan, sama ada usul itu akan dibahas atau tidak, saya akan maklumkan kepada media sebelum persidangan DUN nanti,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Khamis lepas, Teh menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja dan ADUN Tanjung Bungah itu dilapor berkata usul itu demi kepentingan rakyat dalam proses reformasi dan pendemokrasian bagi memberi peluang kepada pemimpin yang berkebolehan untuk menerajui tampuk pemerintahan negeri.

Law berkata usul itu bukan isu yang baharu kerana selain Teh, perkara itu pernah dibangkitkan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid pada persidangan dewan tahun lepas tetapi ia ditolak kerana terdapat kesilapan teknikal.

“Teh juga pernah membangkitkan dan mengemukakan isu itu tetapi turut ditolak kerana ia (usul) tidak dihantar untuk pemberitahuan usul iaitu 14 hari sebelum persidangan DUN.

“Kali ini, beliau menghantar usul berkenaan awal serta mahu diteliti dan dikaji Jawatankuasa Perlembagaan yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum dibentangkan pada persidangan (dewan),” katanya.

Beliau berkata jika usul itu diluluskan pada persidangan DUN Mei ini, ia akan diteliti dan dibincangkan oleh Jawatankuasa Perlembangaan itu sekali lagi sebelum sebarang keputusan untuk membuat pindaan perlembangan berhubung perkara itu.

Advertisements

One thought on “ADUN DAP Didesak Letak Jawatan Kerana Lantang Kritik Guan Eng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s