Bagaimana Salasilah Keturunan Lim Guan Eng, Soal RPK

lgeqAIDCNews – 07/4/16 –Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bertanyakan bagaimanakah salasilah keturunan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Datuk saya adalah Raja Sir Tun Uda iaitu Gabenor Pulau Pinang dan sepupu kepada Yang Dipertua Agong yang kedua.

“Dan siapa pula datuk kepada Lim Guan Eng ?

“Adakah dia seorang penjual daging babi? Adakah dia seorang petani sayur-sayuran? Adakah dia seorang buruh? Atau adakah dia seorang Kapitan Cina di Melaka?,”soal RPK dalam artikel terbaharunya bertajuk,”Who was Lim Guan Eng’s grandfather?” semalam.

Pertanyaan RPK itu dijawab oleh Helen Ang yang berkata datuk kepada Guan Eng adalah seorang petani yang bekerja di sebuah ladang babi.

“Datuk kepada Guan Eng adalah “juruteknik pertanian” yang bekerja di sebuah ladang babi,” kata Helen yang merujuk wawancara bapa Guan Eng, Lim Kit Siang bersama The Nut Graph.

Kit Siang dalam wawancara itu memberitahu bapanya adalah seorang petani di ladang babi dan ayam.

lks mother
Lim Kit Siang bersama emaknya
“Saya sentiasa mempunyai kesukaran untuk menerangkan pekerjaan ayah saya.

“Saya akan mengatakan bahawa dia adalah seorang “juruteknik pertanian”. Iaitu, tugasnya mengkembiri (memotong kemaluan) babi dan ayam supaya mereka dapat berkembang dengan lebih cepat untuk dimakan.

“Tiada steroid pada masa itu, jadi pengasian (kembiri) adalah perkara semula jadi yang perlu dilakukan.

“Ibu saya pula adalah seorang suri rumah,”kata Guan Eng.

Pada 2 Mac, Minda AIDCNews pernah mendedahkan riwayat hidup Kit Siang berdasarkan wawancaranya bersama dengan Ooi Kee Beng yang diterbitkan dalam buku bertajuk “Hak Berbeza Pendapat” (2012), REFSA.

“Saya dilahirkan pada 20 Februari 1941 di Batu Pahat. Bapa saya dulu kerjanya, saya gelar secara berseloroh, sebagai ‘juruteknik pertanian’. Dia bekerja mengkasi haiwan-haiwan di ladang. Ibu saya suri rumah,”kata Kit Siang.

Kit Siang dilahirkan semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) dan zaman pemberontakan komunis (1945-1948).

Batu Pahat, daerah Kit Siang dilahirkan merupakan salah satu kawasan lokasi komunis atau Tentera Bintang Tiga (Lambang tiga bintang pada topi).

“Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di Batu Pahat dan Muar. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.

“Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar.

“Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran ‘Tentera Selempang Merah’, ‘Tentera Parang Panjang dan ‘Selempang Merah’.

“Gelaran ini mengambil sempena Selendang berwarba merah yang dibekalkan kepada setiap ahli perjuangannya yang hanya memiliki parang panjang sebagai senjata urtamanya,” dedah blog belogmystery.

kiyai selepang
Serangan Tentera Selempang Merah pimpinan Haji Mohd Salleh terhadap komunis yang tercetus di seluruh Batu Pahat dan Muar

Seterusnya dalam wawancara bersama Ooi Kee Beng, Kit Siang menceritakan zaman persekolahannya sebelum berpindah dan menetap ke Singapura.

“Persekolahan saya bermula dengan sekolah Cina, selama lebih kurang setahun. Setelah itu saya bertukar ke sekolah Inggeris Batu Pahat.

“Jadi saya pun belajar di sekolah Inggeris, enam tahun tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Nama sekolah itu kemudian ditukar kepada High School Batu Pahat,” kata Kit Siang.

Menurutnya, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, namun hanya belajar untuk beberapa bulan sahaja sebelum berpindah ke Singapura.

“Saya berhenti sekolah setelah beberapa bulan berada di tingkatan enam dan ke Johor Bharu untuk bekerja sebagai guru sementara. Saya mengajar bahasa Inggeris di Senai Chinese Primary School selama kurang dari setahun dan setelah itu memohon menjadi pemberita di Straits Times di Singapura dan diterima bekerja.

Bermakna Kit Siang sudah bekerja di Singapura sebagai wartawan sekitar tahun 1961 ketika berumur 20 tahun.

Menurutnya, dia bekerja di Straits Times Singapura selama 2 tahun setengah (1961-1964)

“Perkara utama yang berlaku di sana ialah penglibatan saya dalam Singapore National Union of Journalists (SNUJ). Kalau tidak saya pada tahun 1962, saya diangkat sebagai Setiausaha Agung pertubuhan tersebut (1962-1963).

lks
Kit Siang dalam mesyuarat jawatankuasa Kesatuan Kebangsaan Wartawan Singapura (SNUJ). Dia adalah Setiausaha Agung SNUJ pada masa itu

Pada tahun 1965, Kit Siang berkata dia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan di antara dua kesatuan sekerja Singapura iaitu C. V. Devan Nair (dari NTUC) dengan G. Kandasamy (dari AUPE)
Devan Nair kemudiannya menjadi Setiausaha Agung DAP pertama dari tahun 1966-1968.

“Di penghujung tahun 1963, saya bertukar ke Televisyen Singapura sebagai pemberita. Setelah itu, saya ditukarkan ke bahagian akhbar Kementerian kebudayaan dan diberi tugas menangani media.

“Pendek kata masa saya di Singapura diluangkan untuk kerja-kerja berkaitan kesatuan dan mengambil tahu peristiwa-peristiwa di tanahair. Banyak peristiwa terjadi, Operasi Cold Store pada tahun 1963, penglibatan PAP dalam pilihanraya umum di Semenanjung pada tahun 1964-banyak perkara yang perlu dipantau dan dikaji.

“Saya sentiasa peduli tentang perkembangan politik Malaysia secara amnya serta persoalan keadilan dan kesetaraan untuk rakyat terbanyak.

“Kerja di bahagian akhbar di kementerian berkenaan merangkumi kerja menulis kenyataan akhbar. Di suatu pagi yang menentukan, 9 Ogos 1965, saya buat pertama kali berada di Parlimen Malaysia untuk membuat liputan rutin.

“Tetapi 9 Ogos hari istimewa-segala ketegangan, semua perkembangan; pindaan diluluskan untuk pemisahan Singapura,” kata Kit Siang.

Kit Siang menjelaskan pada tahun 1965, dia bersama-sama Devan Nair menghadiri perhimpunan AAPSO (Afro-Asian People Solidarity Organisation) di Winneba Ghana.

“Jadi dia (Devan Nair) mula mengenal saya dan mahu saya bekerja untuknya. Dia telah memenangi kerusi Bangsar pada tahun 1964. Kedua, saya fikir, dia merasakan yang saya memiliki ciri-ciri yang diperlukannya untuk menjadi setiausaha politik beliau.

“Saya terus menerima tawarannya untuk bekerja di bawahnya. Keputusan itu mengejutkannya dan mengejutkan keluarga saya.

Keputusan itu memberi erti yang saya akan meninggalkan kerjaya yang memiliki prospek gaji yang amat baik, khususnya untuk seorang anak muda yang hanya memiliki sijil O-levels.”

Kit Siang berkata dia berpindah ke Malaysia setelah mula bekerja dengan Devan Nair pada tahun 1966.

“Saya berpindah balik ke Malaysia di awal tahun 1966. DAP hanya berdaftar secara rasmi pada 18 Mac 1966, setelah berlaku penangguhan. Saya tidak terlibat dalam jawatankuasa penaja, tetapi sebaik sahaja, ia menjadi parti berdaftar, saya telah menjadi ahli.

“Ketika itu, kami harus mencari ruang untuk diri sendiri dan mengenal pasti peranan masing-masing. Kami harus bergerak di tengah parti-parti lain yang telah wujud, iaitu Parti Buruh dan parti Rakyat. Parti Gerakan ditubuhkan kemudian.

“Kami merasakan yang kami mampu menawarkan satu ‘jalan tengah’ di antara parti-parti tersebut dan Perikatan. Kami dapat memberikan rakyat pilihan, untuk bergerak ke arah Malaysia Malaysian (Malaysia milik bangsa Malaysia).”

Advertisements

3 thoughts on “Bagaimana Salasilah Keturunan Lim Guan Eng, Soal RPK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s