PKR Sarawak Akan Guna Kuasa Veto Jika Keputusan PH Pusat Tidak Selari Dengan Negeri

KUCHING: PKR Sarawak hari ini menolak keputusan pimpinan nasional Pakatan Harapan bersabit pengagihan kerusi untuk pilihanraya negeri itu.

Keputusan mengejutkan itu diumum oleh pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, sekali gus berkemungkinan menyaksikan parti itu bertembung dengan DAP di beberapa kerusi DUN pada pilihanraya 7 Mei.

Baru menegaskan pihaknya tidak akan terikat dengan ketetapan untuk bertanding di hanya 40 kerusi sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Beliau menegaskan PKR dan DAP masih mempunyai pertindihan mengenai parti mana harus menentang Barisan Nasional di empat atau lima kerusi DUN.

DAP Sarawak sebelum ini mengumumkan ia akan bertanding di 29 kerusi pada PRN itu berbanding 15 pada tahun 2011.

Baru menzahirkan rasa tidak puas hati dengan hasil pencapaian kepimpinan nasional Pakatan Harapan mengenai pengagihan kerusi untuk pilihan raya berkenaan awal minggu ini.

Pada mesyuarat berkenaan, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan segala pertindihan mengenai kerusi DUN Sarawak antara PKR, DAP dan PAN sudah di selesaikan

Baru menolak keputusan itu dan menegaskan rundingan Pakatan Harapan bersabit isu berkenaan telah menjurus ke arah yang bertentangan dengan mandat PKR Sarawak.

Justeru keputusan diambil untuk memulau hasil rundingan itu, kata beliau.

Baru berkata PKR Sarawak mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak di peringkat negeri.

“Demi menegakkan kewibawaan majlis presiden PKR negeri…kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto kami,” kata beliau.

PKR dan DAP Sarawak sebelum ini dilaporkan bertelagah mengenai pengagihan kerusi untuk PRN itu.

DAP Sarawak juga membantah usaha PKR untuk mengadakan perbincangan dengan PAS bagi mengelak pertembungan sesama mereka pada pilihanraya berkenaan.

“Kami sudah memaklumkan kepada pimpinan nasional PKR bahawa kami tidak boleh menerima keputusan yang dibuat di peringkat nasional mengenai pengagihan kerusi,” kata Baru – AP

Advertisements

One thought on “PKR Sarawak Akan Guna Kuasa Veto Jika Keputusan PH Pusat Tidak Selari Dengan Negeri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s