PKR Tidak Mahu Mahathir Tentukan Siapa PM

PETALING JAYA: PKR tidak mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentukan hala tuju pentadbiran negara, termasuk memutuskan pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu lebih banyak suara rakyat Malaysia dalam memilih ketua kerajaan.

“Kita tidak mahu mantan diktator (Dr Mahathir) atau diktator terkini (Datuk Seri Najib Razak) menentukan hala tuju masa depan Malaysia.

“Maka, sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, usaha menggantikan Najib selaku Perdana Menteri akan menjadi sia-sia, sekiranya sistem politik sedia ada dikekalkan.

Katanya, sistem politik negara yang disifatkan bejat itu adalah warisan pentadbiran Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Bila sistemnya masih sama, penggantinya takkan mampu mengubah kebejatan yang wujud. Apa bezanya kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

“Saya lihat yang kita mahu bukan sahaja tukar Perdana Menteri, tetapi menukar sistem yang kita warisi daripada Dr Mahathir,” katanya.

Nurul Izzah berkata, beliau kekal dengan matlamatnya untuk mengubah institusi dan mendidik rakyat Malaysia meneruskan usaha itu – FMT

Advertisements

One thought on “PKR Tidak Mahu Mahathir Tentukan Siapa PM

  1. Hanya retorik semata bila dia sendiri mewarisi intipati perjuangan Ketum.Mana mungkin Malaysia dan sistem pemerintahannya menjadi negara yang benar2 baik bilamana usaha pembangkang mengenepikan kemuliaan agama dengan meletakkan pemimpin tidak bermoral seperti Ketum dan beberapa kerat lagi pemimpinnya sebagai pemerintah yang menerajui kerajaan ?
    Nauuzubillahi minzaalik !!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s