PRN Sarawak : Bertanding Tiga Penjuru, Jika PKR Tidak Patuh Pembahagian Kerusi – DAP Sarawak

AIDCNews – 15/4/16 –Membayangkan PKR tidak akan mematuhi penjanjian pembahagian kerusi, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien menegaskan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

“Jika PKR tidak menepati janji mereka maka ya akan ada pertandingan tiga penjuru,”kata Chong kepada pemberita di ibu pejabat DAP di Kuching hari ini.

Beliau berkata terdapat dua kumpulan di dalam PKR dengan satu puak menyokong presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan satu lagi kem, timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Rundingan amat sukar tetapi Datuk Seri Azmin yang menyelesaikannya dengan mendapat persetujuan daripada kedua-dua kelompok tersebut,” katanya.

Namun, beliau berkata kelompok ketiga yang tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi itu telah muncul.

“DAP mahu berpegang kepada rundingan yang telah dipersetujui.

“Kami akan berpegang kepada janji dan kami mahu PKR menghormati rundingan yang dipersetujui,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan bahawa keputusan PKR yang dibuat di peringkat kebangsaan tidak selari dengan sentimen di negeri itu.

Chong dilaporkan berkata DAP Sarawak akan bertanding di 29 kerusi, di mana 15 kerusi daripadanya adalah kawasan majoriti penduduk Dayak.

Pada PRN ke 10 lalu, DAP hanya bertanding 15 kerusi yang kesemuanya kawasan majoriti pengundi Cina.

Chong berkata DAP secara rasmi akan mengumumkan nama-nama calon mereka pada 20 April ini.

Beliau, bagaimanapun, melahirkan rasa terkejut kerana sekutunya PKR mengumumkan mereka akan berunding mengenai kedudukan beberapa kerusi dengan PAS.

“Kita tidak akan bekerjasama dengan PAS. Kami teguh dengan Pakatan Harapan. PAS tidak ada persamaan dalam semua perkara dan kita tidak akan membawa mereka ke dalam gambar, “kata Chong.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dilaporkan kurang bersetuju dengan gesaan DAP yang mahu pembahagian kerusi diputuskan oleh Pakatan Harapan pusat.

“Kita lebih suka jikalau rundingan dibuat di peringkat tempatan tetapi kita akur dengan permintaan DAP supaya rundingan diangkat ke peringkat kebangsaan.

“Kita di peringkat negeri menghargai usaha beberapa pimpinan kebangsaan yang berunding bagi pihak kami di Kuala Lumpur.”

Malangnya, beliau mengeluh, apa yang disampaikan kepada PH Sarawak pada peringkat ini, berkenaan pengagihan kerusi, tidak selaras dengan keputusan di peringkat negeri.

“Demi berlaku adil kepada ahli-ahli setempat, dan demi menegakkan maruah MPN Sarawak berkenaan tanggungjawab dan janji kami kepada calon-calon berpotensi, kita mengambil keputusan untuk menggunakan kuasa veto,” kata Baru.

Beliau turut mendakwa PKR amat bertoleransi dalam pembahagian kerusi.

“Kali ini, PKR Sarawak misalnya tuntut 40 kerusi sahaja, berbanding 49 kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya lepas.”

Dengan pertambahan 11 kerusi di Sarawak, tuntutan PKR Sarawak sebenarnya tidak bertambah tetapi berkurangan.

“PKR Sarawak sentiasa sedia berkongsi, dan telah berkongsi, lebih banyak kerusi dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

“Kami percaya yang kami bersikap jujur dan terbuka dengan rakan-rakan kami sepanjang masa dan kita sentiasa menghormati dan menunaikan janji kepada rakan-rakan kami dalam pakatan,”katanya lagi.

Beliau menyesali tindakan “pihak-pihak tertentu” dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang telah mengugat potensi pakatan pembangkang menambahkan kerusi dalam pilihan raya akan datang sepanjang rundingan berlangsung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s