DAP Sarawak Umum 29 DUN Bakal Ditandingi PRN Sarawak

lge-sarawakAIDCNews – 16/4/16 – DAP Sarawak hari ini mengumumkan 29 DUN yang bakal ditandingi DAP Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

“Pengumuman rasmi kerusi yang ditandingi oleh DAP Sarawak oleh Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen bersama Setiausaha Agung DAP Malaysia YB Lim Guan Eng,”lapor Facebook DAP Layar, Betong, Sarawak.

Daripada 29 kerusi itu, 12 daripadanya kawasan majoriti pengundi Cina yang pernah dimenangi DAP pada PRN ke-10, iaitu Padungan, Pending, Kota Sentosa, Meradong, Bukit Assek, Kidurong (nama baharu: Tanjong Batu), Batu Kawah, Repok, Dudong, Pelawan, Piasau dan Pujut.

DAP juga berhasrat bertanding semula di dua DUN yang parti itu tewas pada PRN 2011 iaitu Simanggang dan Bawang Assan.

Namun DAP tidak berminat mempertahankan DUN Bukit Kota yang parti itu tewas pada PRN 2011.

Manakala 15 kerusi lagi yang diminati DAP adalah lima DUN baharu iaitu Stakan, Bukit Simuja, Murum, Samalaju dan Mulu serta 10 DUN yang sebelum ini milik PKR iaitu; Tasik Biru, Mambong (nama lama Bengoh), Kedup, Pakan, Ngemah, Pelagus, Katibas, Baleh, Kemena, dan Senadin.

15 DUN yang dituntut DAP itu bukan merupakan majoriti pengundi Cina, sebaliknya majoriti pengundi Dayak yang mewakili pelbagai kaum termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

Menurut DAP Layar, kesemua kerusi yang bakal ditandingi DAP itu telah dipersetujui dalam rundingan Pakatan Harapan (PH) di peringkat kebangsaan.

pkr

Walau bagaimana pun, persetujuan agihan kerusi yang dibuat pada Pakatan Harapan di peringkat kebangsaan itu ditolak oleh PKR Sarawak.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam kenyataannya hari ini berkata parti itu berhasrat untuk mengekalkan bertanding di 40 kerusi pada PRN tersebut.

Dengan keputusan ini, kata Baru, kedua-dua PKR dan sekutunya, DAP akan mempunyai kerusi bertindih di empat atau lima kerusi.

Baru berkata, PKR Sarawak kini mula melihat tanda-tanda bahawa mparti mereka tidak dapat mematuhi arahan Majlis Presiden Pakatan Harapan kebangsaan.

PKR Sarawak juga membayangkan ia mungkin terpakasa menggunakan kuasa veto jika keputusan yang dibuat di peringkat nasional tidak selaras dengan apa yang telah diputuskan di peringkat negeri.

“Demi berlaku adil kepada ahli kami, dan dalam usaha untuk menegakkan integriti Majlis Presiden negeri berhubung tugas dan aku janji kami kepada calon-calon yang berpotensi, kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto.

“Kita telah nyatakan kepada pemimpin yang kita tidak dapat menerima keputusan yang dibuat di peringkat kebangsaan berhubung agihan kerusi,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru berkata PKR Sarawak amat bertolak ansur dalam tuntutan kerusi dengan hanya mahu bertanding di 40 kerusi berbanding 49 kerusi pada tahun 2011.

“Dengan tambahan sebanyak 11 kerusi di Sarawak, tuntutan kita tidak bertambah tetapi dikurangkan kerana kami sentiasa bersedia untuk berkongsi kerusi dengan rakan Harapan kami,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s