PAS Mahu SPRM Segera Siasat Guan Eng

KOTA BHARU – Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan berhubung kes penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, SPRM perlu segera menyiasat aduan yang telah dibuat berkaitan kes berkenaan demi kepentingan dan keadilan semua pihak.

“Pihak berkuasa harus bertindak segera dengan memanggil semua pihak berkaitan dalam isu tersebut sama ada yang dianggap suspek mahupun berkemungkinan menjadi saksi.

“Tindakan segera berdasarkan undang-undang dan prosedurnya harus diambil tanpa lengah lagi memandangkan pihak yang terdakwa (Guan Eng) sendiri menyatakan sedia untuk disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini – UM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s