Polis Digesa Siasat Prof.Ramasamy Kerana Terlibat Kumpulan Pengganas

ramasamyAIDCNews – 16/4/16 – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat penglibatan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Professor P Ramasamy kerana terlibat dalam kumpulan pengganas Sri Lanka yang dinamakan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

“Dia (Ramasamy) pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perkembangan LTTE pada tahun 2003.

“LTTE merupakan kumpulan pengganas Sri Lanka, yang terlibat dalam pembersihan etnik pada tahun 1990.

“Kira-kira 72 000 orang Islam dihalau dari utara Sri Lanka ketika itu,” lapor Facebook Friends of BN.

Menurutnya, pemikiran militan Ramasamy yang terlibat dalam kumpulan pengganas itu merupakan faktor utama yang mendorong beliau melabelkan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’ sebelum ini.

“Berikutan komen pemimpin DAP, P Ramasamy yang menggelar Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan’, kini terbongkar siapa dia sebenarnya.

“Patutlah kenyataannya berbaur kebencian terhadap orang Islam,”ulas Facebook itu lagi.

Dari kiri; Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ; Prof. Dominic, Prof. Ramasamy, dan Bekas Peguam Negara Sri Lanka Mr.Siva Pasupathy. ( Perpustakaan Foto TamilNet)

Terlibat Dalam Kumpulan Militan LTTE : Prof.Ramasamy Digesa Letak Jawatan Timbalan Ketua Menteri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s