Siasat Ramasamy Di Bawah Akta Hasutan -Musa Hassan

musaKUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama merupakan satu jenayah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, panggilan syaitan kepada pendakwah, Dr Zakir Naik itu perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menguggat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat.

“Dia boleh disiasat di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Pulau Pinang pada Rabu lalu yang menggesa kerajaan negeri dan DAP mengambil tindakan terhadap Ramasamy.

Pengerusinya, Mohd Yusni Ghazali berkata, kedua-dua pihak itu bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap Adun Perai itu sebagai pengajaran semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Mengulas lanjut, Musa juga berkata, tindakan tegas wajar diambil kerana ia boleh membahayakan nyawanya sendiri, akibat perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan golongan ekstremis.

“Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia,” ujarnya.

Musa berkata lagi, tindakan Ramasamy itu hampir sama dengan tindakan penulis buku dari Iran, Salman Rushdi yang memanggil Nabi Muhammad SAW sebagai syaitan.

“Sampai orang nak bunuh dia, tapi negara-negara Barat melindungi dia. Dia kata, apa yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah wahyu syaitan, bukan daripada ALLAH, walhal dia orang Islam.

“Apabila seseorang menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain, ini satu perkara salah di sisi undang-undang,” jelasnya – SH

ramasamy

ltte.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s