Awasi Agenda ‘Pemantau’ BERSIH Dalam PRN Sarawak

lge-maria bersih
AIDCNews – 18/4/16 – Awasi agenda NGO BERSIH yang melakukan ‘pemantauan’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Merujuk kepada Twitter BERSIH 2.0 hari ini, NGO itu memaklumkan bahawa pihak mereka sedang mencari ‘pemantau’ untuk memantau lima DUN dalam PRN Sarawak.

Lima DUN yang menjadi sasaran ‘pemantau’ BERSIH adalah kawasan-kawasan yang dianggap ‘berpotensi’ menang kepada pembangkang iaitu tiga DUN yang ditandingi DAP dan dua DUN yang ditandingi PKR.

DUN-DUN yang ditandingi DAP yang dipantau BERSIH adalah N2 Tasik Biru, N53 Bawang Assan dan N75 Senadin.

N2 Tasik Biru dan N75 Senadin adalah dua DUN yang sebelum ini ditandingi calon PKR.

Pada PRN 2011, calon PKR, Datuk John Tenewi Nuek @ John Tenewi tewas dengan majoriti 2,072 undi di DUN N2 Tasik Biru. Manakala calon PKR, Dr. Michael Teo Yu Keng tewas dengan majoriti tipis, 58 undi di N75 Senadin.

Manakala N53 Bawang Assan adalah kawasan majoriti pengundi Cina yang DAP tewas dengan majoriti 1,808 undi pada PRN 2011.

Sementara itu, dua DUN yang ditandingi PKR yang turut dipantau BERSIH adalah N13 Batu Kitang dan N77 Telang Usan.

N13 Batu Kitang merupakan DUN baharu yang menjadi minat DAP, namun PKR meminta agar calonnya bertanding di kawasan itu.

Manakala di N77 Telang Usan, calon PKR, Harrison Ngau Laing sebelum ini telah tewas dengan majoriti 845 undi.

bersih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s