Bahagian Operasi Akan Tentukan Masa Sesuai Panggil Guan Eng – SPRM

sprmAIDCNews – 18/4/16 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan pihaknya akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung siasatan pembelian banglonya di Georgetown berharga RM2.8 juta.

Namun, ia bergantung kepada masa yang difikirkan sesuai oleh bahagian operasi SPRM, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhjaya itu, Datuk Seri Mustafar Ali.

“Bahagian Operasi akan menentukan masa sesuai (memanggil Guan Eng),” katanya ringkas.

Mustafar menjawab pertanyaan bila Guan Eng akan dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan banglo tersebut dikatakan dibeli di bawah nilai pasaran.

Nilai pasaran banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown itu dianggarkan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Bagaimanapun selepas hampir sebulan siasatan, beliau masih tidak dipanggil untuk memberi keterangan sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan hari ini menasihati semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo Guan Eng itu kerana kenyataan-kenyataan itu boleh mengelirukan orang ramai kerana proses siasatan masih berjalan.

“Perlu diingatkan bahawa setiap siasatan kes rasuah mempunyai perbezaan melibatkan pengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan tempoh siasatan terbabit turut berbeza-beza,” kenyataan SPRM dipetik

SPRM berkata demikian mengulas dakwaan segelintir pihak bahawa pihaknya tidak tegas dan melengah-lengahkan siasatan berkaitan isu banglo itu.

Dalam pada itu, SPRM sekali lagi menegaskan bahawa kes banglo tersebut mahupun kes penyelewengan dana kerajaan oleh pegawai Kementerian Belia dan Sukan langsung tiada kaitan dengan pegawai SPRM yang dijatuhkan hukuman berhubung rasuah oleh mahkamah baru-baru ini.

Justeru SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan mempolitikkan kes yang melibatkan pegawai SPRM tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s