DAP Sarawak Beri Amaran Jika PKR Berdegil, Pakatan Harapan Bakal Berkubur

chong dapKUCHING: DAP Sarawak menyeru sekutunya PKR supaya menghormati perjanjian mereka mengenai pembahagian kerusi bagi mengelakkan terkuburnya Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Chong Chieng Jen, berkata DAP akan mematuhi perjanjian itu dan berharap PKR akan juga melakukan perkara yang sama.

Chong berkata demikian ketika ditanya di satu sidang akhbar mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan dengan PKR di beberapa kerusi di Sarawak.

Minggu lalu, walaupun DAP mendakwa perundingan mengenai pembahagian kerusi sudah selesai, PKR Sarawak mendakwa berlaku pertindihan di beberapa kerusi.

Dilaporkan terdapat lima kerusi yang bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru.

Chong berkata, pembahagian kerusi itu dipersetujui di peringkat nasional dan tidak seharusnya dipersoalkan.

“Mereka (PKR) diwakili oleh Datuk Seri Azmin Ali. Beliau ialah timbalan presiden parti.

“Jika beliau tiada kuasa, mengapa hantar beliau untuk berunding? Beliau telah bersetuju dan telah menandatangani senaskhah nota,” tambahnya.

Chong menekankan DAP akan berpegang teguh kepada perjanjian itu.

“Kami telah mengorbankan kerusi dan ramai yang berdukacita tetapi mereka sanggup pergi ke tempat lain dan membantu,” ujarnya.

“Contohnya kerusi Batu Kitang. Peluang besar DAP menang adalah di situ tetapi ia kini menjadi dua kerusi tetapi kami menyerahkannya kepada PKR.

“Maka saya menyeru PKR supaya menghormati perjanjian dan jangan menyebabkan terkuburnya parti,” tambahnya – AP

One thought on “DAP Sarawak Beri Amaran Jika PKR Berdegil, Pakatan Harapan Bakal Berkubur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s