Miss Phang Berbohong Dalam Pengakuan Bersumpah, Bukti Dokumen Didedah

AIDCNews – 18/4/16 –Pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn, Miss Phang Li Koon didapati berbohong dalam pengakuan bersumpahnya (SD) berdasarkan bukti-bukti dokumen yang didedahkan hari ini.

sd phang

Sebelum ini Miss Phang dalam pengakuannya mendakwa dia tidak memahami mengapa persetujuannya menjual banglo di Jalan Pinhorn kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi isu nasional sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan dengan kerajaan negeri.

Namun, bukti-bukti dokumen yang didedahkan Malaysia-Today membuktikan kenyataan Miss Phang di atas adalah tidak benar.

Dalam artikel bertajuk “MORE LEAKED DOCS: Why get Phang Li Koon into deeper trouble?“, Malaysia-Today mendedahkan Miss Phang berbohong dalam pengakuan bersumpahnya berdasarkan sepucuk surat yang ditandatangni dia sendiri melalui syarikatnya Magnificent Emblem Sdn Bhd kepada Penang Development Corp (PDC), sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Ini (SD) adalah suatu pembohongan. Phang Li Khoon dan bosnya selama 20 tahun yang juga memiliki KLIDC (Datuk Tang Yong Chew) mempunyai banyak hubungan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui banyak syarikat yang berbeza.

“Salah satu daripada syarikat-syarikat ini adalah Magnificent Emblem Sdn Bhd, yang juga terlibat dalam pembangunan hartanah – yang bermaksud ia tidak dapat dielakkan bahawa ia mesti berurusan dengan kerajaan negeri.

“Berikut adalah surat yang ditandatangani oleh Phang bagi pihak Magnificent Emblem di mana pemilik KLIDC Tang Yong Chew merupakan pemegang saham majoriti dan Phang pemegang saham minoriti.

“Anda boleh membuat perbandingan tandatangan dia (Phang) dengan tandatangan dalam SD di atas, ” dedah Malaysia-Today

Phang1

Phang2

“Surat itu dialamatkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) agensi 100% milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pengerusi PDC juga Lim Guan Eng, yang juga ketua lembaga tender PDC.

“Ia adalah berkenaan satu proposal projek yang bernilai RM25 juta hingga RM30 juta.

“Permulaanya, projek ini telah dianugerahkan kepada Phang dan Tang melalui syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd dan surat anugerah / tawaran telah dikeluarkan oleh PDC kepada Phang dan Tang pada bulan April 2014 atas nasihat lembaga tender yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

“Saya mendengar bahawa surat anugerah kini telah dimiliki oleh SPRM selepas mereka menyerbu PDC Pulau Pinang dan merampas beberapa dokumen baru-baru ini,” dedahnya.

Malaysia-Today turut mendedahkan dua dokumen berkenaan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd seperti di bawah.

syarikat phang

syarikat phang2

Malaysia-Today mendedahkan SD yang ditandatangani Phang itu dibuat secara ‘paksarela’ bertujuan untuk melindungi Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

“Membuat SD palsu adalah satu kesalahan yang serius di Malaysia di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

“Menggunakan SD yang anda tahu adalah palsu juga jenayah di bawah Seksyen 200 Kanun Keseksaan.

“Ini bermakna kedua-dua pihak sama ada Phang dan EXCO Pulau Pinang yang membacakan SD itu boleh menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun,” dedahnya lagi.

hoong1

hoong

3 thoughts on “Miss Phang Berbohong Dalam Pengakuan Bersumpah, Bukti Dokumen Didedah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s