PAN Dakwa Mewakili Pakatan Harapan Bertanding Semua Kerusi PAS

panAIDCNews – 18/4/16 –Parti Amanah Negara (PAN) akan mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kawasan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), dakwa aktivis PAN Melaka, Zulkifli Harun yang lebih dikenali sebagai blogger Greenboc.

“AMANAH (PAN) telah diterima oleh rakan-rakan di dalam PH yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS.

“Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu, iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN.

“PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS malah membentuk blok ketiga,”katanya dalam tulisan bertajuk “Selangor: AMANAH Wakili Pakatan Harapan Tanding Semua Kerusi PAS

Greenboc membuat kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PAN Selangor, Ir. Izham Hashim yang menyatakan parti itu akan mengambil alih tempat PAS di Selangor dengan bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen di negeri itu.

Kata Izham, PAN Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru sebagai mewakili Pakatan Harapan.

“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada laman pro PAN, Malaysiadateline.

Menurutnya, PAN ditubuhkan untuk mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAN, kata beliau lagi, akan mengambil alih peranan memenangi atau memempertahankan kerusi parlimen dan DUN yang dulu ditandingi dan dimenangani oleh PAS.

“Rasanya ramai yang bersetuju dengan langkah AMANAH Selangor untuk bertanding di semua kerusi milik PAS.

“Pertama kerana perjuangan dan pertempuran di dalam pilihan raya akan datang adalah di antara BN dan PH.

“Blok ketiga hanyalah “cicak mengkarung” yang menyerupai biawak atau komodor, duduk di tengah-tengah yang sebenarnya adalah rakan karib UMNO BN.

“PAS telah secara terbuka mengisytiharkan AMANAH sebagai musuh mereka. Malah Presiden PAS berkali-kali menyatakn AMANAH kononnya bukan saingan PAS. Ia perlu pembuktian dan pilihan raya akan menjadi penentu ukuran benarkah kata-kata Presiden PAS itu,” ulas facebooker pro PAN, UAA Supporters yang bersetuju dengan kenyataan Greenboc itu.

Namun, pengumuman terbaharu PAN itu dipandang sinis oleh Hanisya Abdul Hamid.

“Ingatkan selama ini ditubuhkan parti PAN yang bukan sahaja mendapat restu kuat padu dari DAP malahan menjadi khadam totok lagi tu nak lawan UMNO … rupa-rupanya semata-mata nak lawan PAS.

“Tembelang busuk dan niat jahat akhirnya pecah juga,” sindirnya.

2 thoughts on “PAN Dakwa Mewakili Pakatan Harapan Bertanding Semua Kerusi PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s