PRN Sarawak : Azmin Di Belakang Pemberontakan PKR Sarawak Terhadap DAP ?

azmin-tun m2
AIDCNews – 18/4/16 – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa sebagai dalang di sebalik pemberontakan PKR Sarawak terhadap DAP negeri berkenaan dengan ketidakpuasan hati agihan pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Dakwaan itu dibuat oleh facebooker pro PAN, Abe Awang Malaya.

Menurutnya terhadap perbezaan pendapat di antara kem Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah, Presiden PKR dan kem Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR berkaitan dengan agihan kerusi dengan DAP dalam PRN Sarawak itu.

Dakwanya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Pengarah Pilihan Raya PKR pusat mewakili kem Wan Azizah, manakala Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak mewakili kem Azmin.

“PKR dapat bertanding di kerusi Batu Kitang hasil usaha Dato Saif (Saifuddin Nasution), tetapi kartel Azmin hentam Dato Saif, tuduh dia korbankan kerusi kepada DAP; walhal PKR Sarawak dan kartel Azmin yang sokong buat ‘polling’. Bila buat PKR kalah semua.

“Kartel Azmin hasut PKR Sarawak supaya sanggah keputusan PKR Pusat, dengan tujuan untuk malukan Wan Azizah dan mahu sabotaj Pakatan Harapan..!,” dedahnya dalam Facebook semalam.

Facebooker pro PAN dipercayai merujuk tindakan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang tidak berpuas hati dengan keputusan DAP Sarawak pada Sabtu yang mengumumkan bakal bertanding 29 kerusi pada PRN ini berbanding 15 pada tahun 2011.

Baru berkata PKR Sarawak mempunyai kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak di peringkat negeri.

“Demi menegakkan kewibawaan majlis presiden PKR negeri…kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto kami,” katanya.

Facebooker pro PAN itu menjelaskan pada mulanya terdapat 21 kerusi bertindih antara PKR-DAP dalam PRN itu, namun apabila dirundingkan pertindihan itu dikurangkan kepada 11 kerusi sahaja.

“PKR Sarawak yakin jika buat polling, mereka akan dapat lebih kerusi dari yang bertindih. Dato Saifudin Nasution selaku Pengarah Pilihanraya PKR tidak setuju.

“Dato Saif minta runding lagi dan tak perlu buat polling. Tian Chua dan kartel Azmin mahu polling. DAP akur.

“Merdeka Center pun diminta buat polling dengan yuran berpuluh ribu ringgit. Hanya 6 kerusi dibuat polling. Hasilnya semua kerusi itu dapat kepada DAP!!!

“5 lagi kerusi bertindih dirundingi lagi. Tapi 5 kerusi itu semuanya non winnable seat.

“Dato Saif diarah supaya bantu cuba dapatkan seat yang boleh menang, yang dari keputusan polling semua dapat kepada DAP, iaitu Senadin dan Batu Kitang. Dato Saif berunding dan DAP setuju serah Batu Kitang kepada PKR. Akhirnya PKR dapat 4 dan DAP 7,” dedahnya lagi.

Turut didedah facebooker pro PAN itu adalah pergolakan dalaman kem Wan Azizah dan Azmin dalam kumpulan aplikasi Whatsapp.

wasap

“Dua orang pemimpin PKR kartel Azmin berbalas mesej dalam whatsapp….. Kartel yang pertama kata, DAP adalah parti yang kaya dan mampu menggajikan ramai orang sepenuh masa…. (tapi) dalam PKR, bukan sebab anda yang terbaik, tetapi siapa yang anda ikut atau anda dilihat cenderung dengan siapa.. Parti macam ni akan jadi lemah seperti UMNO dan lama-kelamaan akan ketandusan pimpinan yang baik/bagus.

“Kartel yang kedua lagi biadab….. Dia tulis, dia cuma tak faham kenapa si nenek tua itu sanggup bergabung dengan Lim Guan Eng hanya untuk ketepikan MB (Azmin) dan dalam masa yang sama menyusahkan diri sendiri.

“Tidakkah dia (nenek) sedar bahawa dia sedang menghitung hari, dan kita semua akan undi MB sebagai presiden dalam pemilihan akan datang? Lebih baik nenek itu berbaik dengan MB daripada cuba mensabotajnya dan sepatutnya kita perlu bersatu menentang BN.

“Celaka…! Biadap sungguh…! Dia panggil Wan Azizah ‘grandma’…? Sudah ada plan untuk jatuhkan Kak Wan dalam pemilihan parti yang akan datang…..,” dedahnya lagi.

dr m-az

Sementara itu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard pula mengkritik sikap Azmin yang lebih berpihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia merujuk kepada kepada tindakan Azmin mengiringi Tun Mahathir melawat Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

“Ketika Mahathir terus menyerang Anwar Ibrahim dalam media luar negara dan Presiden PKR memberikan isyarat jelas menolak Mahathir …. Azmin Ali Timbalan Presiden PKR terus memilih Mahathir dan melupakan Anwar Ibrahim.

“Gambar malam tadi (Sabtu) Azmin dan kartelnya iring Mahathir katanya di Pasar Malam KL….

“Kah kah kah kita terhegeh hegeh dengan Mahathir atau masih nak cakap Mahathir datang ke kita…

“Deklarasi semalatkan malaysia atau selamatkan boboi ?,”katanya.

azmin-tun m

tun m-azmin

3 thoughts on “PRN Sarawak : Azmin Di Belakang Pemberontakan PKR Sarawak Terhadap DAP ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s