Aktivis Reformasi Desak PKR Ambil Tindakan Terhadap Azmin Kerana Sokong Tun Mahathir

otai2AIDCNews – 19/4/16 – Aktivis reformasi 1998 mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil tindakan disiplin terhadap timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana menyokong deklrasi anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Desakan itu dibuat oleh tiga NGO reformasi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Otai Reformasi dan Pahlawan.

Kumpulan ini mendesak Azmin Ali digantung daripada jawatan Timbalan Presiden PKR kerana didakwa telah melakukan perbuatan khianat bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Selain Azmin, mereka juga menuntut dua Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua juga diambil tindakan yang sama.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali CheguBard berkata mood pembangkang sekarang telah diperalatkan oleh Tun Mahathir.

“Berapa lama negara perlu terus berada dalam konflik atas kehendak politik Mahathir?

“Negara kini di ambang perubahan, dan membenarkan mood rakyat yang akan digunakan oleh Mahathir hanya akan menyebabkan ia gagal,” katanya.

Jurucakap Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail pula berkata perbuatan Azmin, Tian Chua dan Rafizi bersekongkol dengan Tun Mahathir seumpama mensabotaj Presiden PKR, Wan Azizah.

“Apabila kita melihat pemimpin PKR bekerjasama dengan Dr Mahathir dan mereka seperti acuh tidak acuh, ia adalah satu bentuk pengkhianatan dan sabotaj terhadap Presiden PKR.

“Saya menggesa Datuk Seri Wan Azizah sebagai presiden parti, mengambil tindakan dengan menggantung jawatan Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Tian Chua kerana mengkhianati perjuangan,” kata Abdul Razak yang juga ahli DAP.

Otai reformasi adalah satu NGO yang diusahakan YB Saari Sungip, ADUN PAN Hulu Klang merangkap Timbalan Pengerusi PAS Selangor.

otai-refor

Advertisements

One thought on “Aktivis Reformasi Desak PKR Ambil Tindakan Terhadap Azmin Kerana Sokong Tun Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s