Skandal Banglo : Hubungan Perniagaan Antara Penjual Banglo & Kerajaan Pulau Pinang

Daripada Malaysia-Today:

“Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri. “

Petikan ayat di atas adalah daripada Akuan Bersumpah yang ditandatangani Phang Li Koon, penjual banglo di bawah nilai pasaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ini adalah satu pembohongan. Phang Li Koon dan majikannya yang turut memiliki Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) serta sudah bersama selama 20 tahun telah mempunyai banyak hubungan perniagaan dengan Kerajaan Pulau Pinang melalui pelbagai syarikat.

Salah satu syarikat itu ialah Magnificient Enblem Sdn Bhd (Magnificient Enblem), yang turut terlibat dalam pembangunan hartanah, bermakna ia tidak boleh mengelak daripada berurusan dengan kerajaan negeri.

Berikut adalah surat yang ditandatangani Li Koon bagi pihak MESB di mana pemilik KLIDC, Datuk Tang Yong Chew adalah pemegang saham majoriti manakala wanita itu sebagai pemilik saham minoriti.

Anda boleh membuat perbandingan tandatangan antara Akuan Bersumpah dan surat berikut.


Perbandingan tandatangan pada kedua-dua dokumen, Akuan Bersumpah dan surat Magnificient Enblem kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Surat di atas dialamatkan kepada syarikat milik penuh Kerajaan Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusinya adalah Lim Guan Eng yang turut mengetuai Lembaga Tender PDC.

Ia adalah cadangan bagi satu projek yang dikatakan bernilai antara RM25 juta hingga RM30 juta.

Pada peringkat awal, projek ini diberikan kepada syarikat milik Phang Li Koon dan Datuk Tang Yong Chew – Magnificient Enblem Sdn Bhd dan surat tauliah / tawaran dikeluarkan oleh PDC kepada keduanya dibuat pada April 2014 atas nasihat Lembaga Tender yang diketuai Lim Guan Eng.

Saya telah dimaklumkan surat tauliah ini kini sudah diperolehi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas satu serbuan dilakukan ke atas pejabat PDC dengan turut merampas beberapa dokumen.

Selepas menerima surat tauliah itu, Magnificient Enblem turut membalas bagi mengubah terma tauliah itu secara ketara dan berikutan isu pematuhan dan perolehan di luar bidang kuasa Guan Eng, surat tauliah itu terpaksa dibatalkan.

Dalam artikel sebelum ini berkaitan satu memo dalaman kerajaan negeri, yang menyatakan mengenai campur tangan Ketua Menteri dan turut membuat catatan arahannya bagi memperluaskan syarat bagi tanah Taman Manggis dimenangi KLIDC, turut disahkan oleh Exco Kerajaan Pulau Pinang, Chow Kon Yew.

Chow bagaimanapun menafikan ia adalah satu proses biasa dan tidak menjurus kepada rasuah, biarpun wujud konflik kepentingan yang ketara.

Berikutan itu, kami mencabar Chow Kon Yeow untuk menafikan kewujudan surat di atas daripada Phang Li Koon dan pada mesyuarat yang dipengerusi dan diputuskan Lim Guan Eng tidak menganugerahkan tender pertama kepada syarikat Magnificient Enblem namun terpaksa dibatalkan ekoran isu pematuhan dan teknikal, iaitu kelewatan syarikat itu mengemukakan permohonan untuk mengubah syarat.

Ramai di kalangan ahli DAP terkejut dengan cubaan pentingkan diri sendiri oleh Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan DAP mendesak dan menggunakan Phang Li Koon untuk membuat Akuan Bersumpah dalam usaha ‘membersihkan’ nama Setiausaha Agung DAP daripada dakwaan rasuah.

Membuat Akuan Bersumpah palsu adalah satu kesalahan serius di Malaysia mengikut Seksyen 199, Kanun Keseksaan.

Manakala menggunakan Akuan Bersumpah yang diketahui palsu adalah satu jenayah mengikut Seksyen 200, Kanun Keseksaan.

Ini bermakna kedua-dua Phang Li Koon dan Exco Kerajaan Pulau Pinang yang membacakan Akuan Bersumpah itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Laporan polis telah dibuat terhadap Li Koon kerana didakwa membuat Akuan Bersumpah palsu dan kenyataannya telah diambil oleh pihak polis selama hampir empat jam pada 1 April lalu di Ibu Pejabat Polis Georgetown, Pulau Pinang.

Bukan sahaja Akuan Bersumpah dibuat Li Koon tidak berupaya ‘membersihkan’ nama Guan Eng malah ia turut mengheret wanita itu dan Exco Kerajaan Pulau Pinang kepada masalah lebih besar kerana membuat dan menggunakan Akuan Bersumpah palsu.

Berapa ramai lagi individu perlu ‘dikorbankan’ untuk melindungi satu Ketua Menteri?

Lupakan sahaja akan keberanian yang ditunjuk-tunjuk dan mendabik dada untuk mengadakan debat. Debat tidak akan membersihkan nama kamu.

Dan bagi kes Guan Eng, undang-undang sangat jelas mengenainya melalui Seksyen 165, Kanun Keseksaan melibatkan penjawat awam.

Fakta jelas di mana seorang penjawat awam yang masih memegang jawatan membeli sebuah hartanah di bawah nilai pasaran daripada seorang penjual yang mempunyai hubungan atau kaitan perniagaan dengan kerajaan negeri adalah satu kesalahan yang ketara.

Tiada siapa menjual hartanah sebanyak RM4 juta di bawah nilai pasaran hanya kerana anda kawannya dan anda suka pada dia.

Li Koon juga turut mengambil pinjaman bank yang besar dengan faedah ketika membeli banglo itu pada harga RM2.5 juta bersama dengan kos guaman, pengubahsuaian, penyediaan perabut yang dibayar sebelum menyewakannya kepada Guan Eng pada harga RM5,000 sebulan dan bermakna wanita itu kerugian ratusan ribu ringgit apabila menjual rumah itu kepada Guan Eng pada harga hanya RM2.8 juta, tujuh tahun kemudian.

Li Koon tidak memperolehi RM300,000 (jika dikira harga belian RM2.5 juta dan dijual pada RM2.8 juta). Dia dengan mudah rugi sebanyak RM500,000 atau lebih. Tiada siapa membeli rumah untuk dijua pada harga merugikan sebanyak setengah juta ringgit dan enggan mengambil kira peningkatan nilai hartanah sebanyak RM4 juta hanya kerana alasan fengshui yang tidak baik.

Dalam kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dimasukkan ke dalam penjara dengan kesalahan yang sama dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang, iaitu seorang penjawat awam dan membeli hartanah pada harga di bawah nilai pasaran daripada seorang individu yang menjalankan urusan perniagaan dengan kerajaan negeri.

DAP dan Guan Eng seharusnya sedia maklum dalam kes Dr Khir Toyo, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan sama ada Khir Toyo campur tangan untuk memperluaskan syarat tanah atau terlibat secara langsung dalam keputusan menganugerahkan projek kepada pihak terbabit atau kepada penjual hartanah yang dibelinya.

Dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang ini, jalinan perniagaan lebih ketara dan ia melibatkan hitam putih. Terdapat pentauliahan projek RM25 juta kepada Magnificient Enblem yang terpaksa dibatalkan (atas sebab teknikal iaitu kelewatan mengemukakan permohonan mengubah syarat).

Dan juga untung atas angin daripada projek KLIDC yang kini bernilai RM70.6 juta, keuntungan yang jauh menjangkau daripada RM11.5 juta dibayar kepada kerajaan negeri – My Nation News

Advertisements

One thought on “Skandal Banglo : Hubungan Perniagaan Antara Penjual Banglo & Kerajaan Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s