Ahli PAS Mula Pertikai Perilaku Mahfuz Omar

dap-mahfuz
Mahfuz Omar, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena bersama Tan Kok Yew, Pengerusi DAP Kedah (baju putih, bertali leher) menunjukkan poster program Gerakan Selamatkan Malaysia peringkat negeri Kedah
AIDCNews – 20/4/16 – Perilaku Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sejak kebelakangan ini mula dipertikai ahli PAS sendiri.

Ia merujuk kepada perilaku Mahfuz yang masih terlibat aktif bersama pimpinan DAP, meskipun PAS peringkat pusat memutuskan hubungan dengan parti cauvanis Cina itu.

Apatah lagi penglibatan aktif Mahfuz dalam Gerakan Selamatkan Malaysia anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

“Dah le Mahfuz jadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ Kedah bersama Tun Mahathir. Dia anjur debat pula di Wisma Harapan Baru. Ahli PAS apa lagu ni?.

“Masa jadi pemimpin nak kita ikut dia, takkan bila orang lain jadi pemimpin dia tak nak ikut orang? Kamu rasa kamu seorang je ke yang layak jadi pemimpin dalam PAS. Apa punya contoh kepimpinan la lagu ni,”kata Huzir Sulaiman dalam Facebooknya.

Huzir membuat ulasan itu berdasarkan kenyataan terbaharu Mahfuz bersama Tan Kok Yew, Pengerusi DAP Kedah dan PAN Kedah berkenaan dengan program pidato Gerakan Selamatkan Malaysia peringkat negeri yang bakal diadakan 1 Mei ini.

Dalam kenyataannya, Mahfuz mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyertai pidato Gerakan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di pekarangan Wisma Harapan Baru (ibu pejabat Parti Amanah Negara Kedah).

Antara pemimpin yang dijadulkan hadir dalam program itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Advertisements

4 thoughts on “Ahli PAS Mula Pertikai Perilaku Mahfuz Omar

  1. Mahfuz tak layak memagang jawatan dalam PAS. Masih dulu dalam penjara bini tua yang bertungkus lumus uruskan nya. Bila keluar penjara balik rumah bini muda dulu. Apa punya akhlak manusia ini

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s