Bayaran Bulanan Bersih Bangunan SUK Selangor Era Azmin Meningkat 89 % ?

chegu-bard-01AIDCNews – 20/4/16 – Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor era Menteri Besar Datu Seri Mohamed Azmin Ali meningkat sebanyak 89 peratus, dedah Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard mendedahkan kontrak bulan pembersihan bangunan SUK Selangor era Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya sebanyak RM33,000/ sebulan tetapi meningkat menjadi RM300,000/ sebulan pada era Azmin.

“Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan SUK Selangor semasa Menteri Besar Mat Taib adalah RM27,000/-, dan Khalid Ibrahim pula RM33,000/-.

“Tapi kini semasa Azmin Ali, telah jadi RM300,000/- sebulan, betulkah ? Siapa dapat ?

“Wow! Cuci jamban guna berus dawai emas ka?,” dedah CheguBard dalam Facebook hari ini.

CheguBard berkata beliau mendapat maklumat itu berdasarkan bukti dokumen yang diserahkan oleh orang dalam di SUK Selangor kepadanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s