DAP Sarawak Ketepikan Tuntutan 5 Kerusi PKR

AIDCNews – 20/4/16 – Tanpa mempedulikan tuntutan PKR yang mahu bertanding di lima DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, DAP negeri bertindak pantas dengan mengumumkan sebahagian nama calon-calon mereka.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian sebelum ini menuntut lima DUN yang bertindih dengan DAP iaitu Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu.

Namun, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bertindak pantas dengan mengumumkan nama calon sebahagian daripada parti mereka.

Chong berkata Sanjan Daik akan bertanding di DUN Mambong dan Leon Jimat Donald akan bertanding di DUN Simanggang.

Dua DUN yang diumumkan calon oleh DAP itu adalah lima DUN yang dituntut PKR.

Chong turut mengumumkan beberapa calon lain iaitu Mordi Bimol di DUN Tasik Biru; Abdul Aziz Isa di DUN Stakan; Edward Luak di DUN Bukit Semuja dan Andrew Nyabe di DUN Kedup.

Selain DUN Simanggang, semua calon yang diumumkan Chong itu merupakan kawasan DUN baharu atau pernah ditandingi PKR pada PRN 2011.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s