Deklarasi Rakyat Gagal Dapat Sejuta Tandatangan

Sekretariat Deklarasi Rakyat
Sekretariat Deklarasi Rakyat
AIDCNews – 20/4/16 – Gerakan Selamatkan Malaysia mengakui berdepan kesukaran untuk mengumpul sejuta tandatangan melalui Deklarasi Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Ketua Sekretariat Selamatkan Malaysia, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ini berikutan terdapat rakyat yang menyokong deklarasi tersebut tetapi takut menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan.

“Kita sedar ada kemungkinan sesetengah rakyat agak takut sebab itu kita buat program jelajah dan penerangan di seluruh negara. Kita mahu sedarkan rakyat agar berani ambil tindakan untuk selamatkan Malaysia.

“Ini juga bererti selamatkan diri masing-masing daripada pelbagai masalah yang telah kita alami dengan isu 1MDB yang tidak berkesudahan. Rakyat perlu berani bukan untuk runtuhkan negara tetapi untuk buat perubahan pentadbiran,” katanya dalam sidang media, semalam.

Menurut beliau, sejak dilancarkan 4 Mac lalu, sebanyak 250, 000 tandatangan telah dikumpul dan pihaknya akan berusahan mencapai sasaran sejuta sebelum mempersembahkan kepada Majlis Raja-raja yang akan bersidang pada 11 dan 12 Mei ini.

“Sekurang-kurangnya satu perempat daripada sasaran kita telah tercapai. Dengan sokongan rakyat dan sambutan hangat di merata tempat termasuk Sarawak, kita harap untuk capai matlamat tersebut sebelum 9 Mei ini,” katanya.

Menurutnya, usaha mendapatkan sejuta tandatangan akan dilakukan secara berterusan walaupun jika tidak mencapai sasaran pada tarikh ditetapkan.

“Sebenarnya program ini berjalan tiada deadline untuk kumpul tandatangan. Program akan terus berjalan sehingga matlamat kita tercapai,” katanya.

Sementara itu, Kamaruddin juga turut memaklumkan bahawa siri jelajah Selamatkan Malaysia yang akan dihadiri oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan bermula di Johor pada 29 April ini dan akan berakhir di Terengganu pada 3 Jun depan.

Gerakan Selamatkan Malaysia akan ke Kedah pada 1 Mei, Kelantan 4 Mei, Perak 6 Mei, Pulau Pinang 8 Mei, Selangor 14 Mei, Melaka 18 Mei dan Sabah 22 Mei.

“Tun Dr Mahathir akan turun ke setiap lokasi yang kita tetapkan ini,” katanya lagi.

Advertisements

2 thoughts on “Deklarasi Rakyat Gagal Dapat Sejuta Tandatangan

  1. Selamatkanlah Malaysia dari korang yg.Gila kuasa. Berpolitik 24jam.. kerjalah hoiii.. HARAM pendapatan korang sebagai Adun, ahli Parlimen..pastu bagi anak2 makan..

    Like

  2. Reka je no IC tu,
    Bubuh la nombor apa2 pun,
    seorang boleh bantai 100 tandatangan.
    Ambik kat daftar pemilih yg lepas ada banyak no IC,
    Macam la tak pernah reka sebelum ini..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s