PAS Mahu Ambil Balik Kerusi Parlimen Kuala Kedah Yang Ditandingi PKR

pas-kuala kedah
Mohd Helmi Mohd Khalid (bertanda bulat), Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah

AIDCNews – 20/4/16 – PAS Kedah menuntut PKR menyerahkan semula kerusi Palimen Kuala Kedah yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR untuk ditandingi calon parti Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, hasrat itu disuarakan akar umbi melalui mesyuarat cawangan yang telah berlangsung, di mana lebih 70 peratus cawangan mengemukakan usul itu untuk dibahaskan pada Mesyuarat Agung PAS kawasan Kuala Kedah ke-42, 22 April depan.

“Terdapat 92 cawangan bawah Parlimen Kuala Kedah di mana hanya 30 peratus belum bermesyuarat. Kebanyakan usul yang dibawa oleh cawangan bersetuju supaya PAS kembali bertanding di kerusi parlimen Kuala Kedah,” katanya, pada sidang media, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Urusan Ulama PAS kawasan Kuala Kedah, Abd Azid Hussin serta wakil muslimat dan pemuda kawasan.

Mohd Helmi yang juga Pengerusi Usul Mesyuarat Agung Pas kawasan Kuala Kedah berkata, berdasarkan maklum balas diterima daripada cawangannya, mereka sepakat mahu usul berkenaan dibahas untuk diluluskan bagi membolehkan Pas kembali bertanding di kerusi parlimen Kuala Kedah (P10).

“Peringkat pimpinan perlu beri perhatian kepada suara akar umbi ini. Apabila sebahagian besar cawangan kemukakan usul sama, ia menunjukkan kesepakatan dalam isu ini yang nekad mahu PAS kembali bertanding.

“Ada rungutan, banyak masalah di parlimen ini seolah tidak didekati penyandang wakil rakyat terbabit, tambahan pula tiga kerusi Dun; Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor dimenangi PAS sebelum ini, menyebabkan kami yakin mampu kekalkan kemenangan pada PRU14,” katanya.

Mohd Helmi berkata, P10 pernah ditandingi PAS dan menang pada 1999, sebelum kerusi itu diserahkan kepada PKR bermula tahun 2008.

“Kami mempunyai rekod baik di semua kerusi bawah parlimen Kuala Kedah, sebab itu PAS bersedia ambil kembali P10 memandangkan ada desakan akar umbi yang melihat parti itu lebih bersedia pikul amanah berbanding parti sedia ada,” katanya.

ph kedah
Dr. Azman Ismail, Pengerusi PKR Kedah (bertanda bulat) menjalinkan kerjasama dengan DAP & PAN dalam Pakatan Harapan peringkat negeri

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), Parlimen Kuala Kedah ditandingi oleh calon PKR, Dr. Azman Ismail.

Walau bagaimana pun Dr Azman yang juga Pengerusi PKR Kedah telah mengguris hati penyokong PAS negeri apabila melakukan rundingan dengan PAN dan DAP untuk membentuk Pakatan Harapan negeri tanpa pengetahuan PAS.

Selanjutnya, sila baca “PAS Kecewa PKR Bentuk Pakatan Dengan DAP & Amanah Di Kedah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s