PAS Sedia Lawan DAP Pada PRU 14

MARANG: Pertembungan di antara DAP dan PAS berkemungkinan besar berlaku pada pilihan raya umum akan datang selepas parti Islam itu memberitahu ia tidak teragak-agak meletak calonnya di kerusi dipegang oleh bekas sekutunya itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang dipetik oleh The Star, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya akan meletak calon Cina dan India di kawasan dikuasai oleh DAP pada pilihan raya akan datang.

Katanya, sejak PAS berpisah dengan DAP berikutan hancurnya Pakatan Rakyat, tidak wujud lagi sekatan, sambil menyatakan ia akan mempertaruhkan calon Cina dan India daripada pergerakan bukan Islamnya, Kongres Penyokong PAS.

PAS kini bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) manakala DAP pula bersama Pakatan Harapan yang turut dianggotai oleh PKR dan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

“PAS akan meletak calon di kerusi DAP, walaupun ia bermakna akan berlaku pertembungan pelbagai penjuru,” katanya.

Abdul Hadi berkata, walaupun banyak pihak merasakan pertembungan pelbagai penjuru akan menguntungkan Barisan Nasional, beliau tidak berfikiran begitu.

“Jika pengundi tidak berpuas hati dengan kedua-dua Barisan dan DAP, PAS akan menjadi pilihan mereka,” tambahnya.

Katanya, ada berpendapat menyatakan banyak bukan Muslim menyokong PAS pada pilihan raya umum lalu kerana ada pakatan dengan DAP.

Umumnya, pendapat itu tidak salah katanya, sambil menambah PAS bakal hilang sokongan ini kerana ia tidak lagi ada hubungan dengan DAP.

“Tetapi berbanding dengan kehilangan sokongan ini, saya lebih khuatir mesej PAS tidak sampai kepada bukan Islam. Jika mesej ini tidak sampai, mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh PAS,” tambahnya.

Abdul Hadi mengakui masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pembahagian kerusi kerana pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi. Katanya, PAN bukan ancaman kepada PAS sambil mengingatkan menjadi tanggungjawab semua Muslim untuk melaksanakan undang-undang hudud.

“Kami tidak menangguhkan pelaksanaan undang-undang hudud kerana kami ada pakatan dengan Ikatan. Kami terpaksa menunggu pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi Kelantan bagi melaksanakannya dan ini memakan masa.

“Maka kami mengambil keputusan untuk menangguhnya sementara untuk memfokus terhadap masalah dihadapi oleh negara dan rakyat,” tambahnya – AP

Advertisements

One thought on “PAS Sedia Lawan DAP Pada PRU 14

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s