Amaran Terakhir DAP Sarawak Kepada PKR : Jangan Tuntut Lagi 5 DUN

AIDCNews – 22/4/16 –Menjelang tiga hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke- 11, DAP negeri memberi amaran kepada PKR negeri agar tidak membuka semula isu tuntutan 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap parti itu sebagai sudah muktamad dan telah selesai.

Lima kerusi yang dituntut PKR itu adalah N19 Mambong (nama lama Bengoh), N32 Simanggang, N49 Ngemah, N66 Murum (DUN baharu) dan N78 Mulu (DUN baharu).

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memberi amaran jika PKR masih ungkit isu lima DUN itu, DAP juga akan ungkit 3 DUN yang diserahkan kepada PKR sebelum ini.

“Ia sudah dipersetujui…jangan membuka semula isu ini. Jika tidak, kita akan menyentuh semula kerusi lain seperti Batu Kitang, Layar dan Telang Usan. Di mana kesudahan ini?, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chong sebelum ini telah mengumumkan bahawa DAP Sarawak akan bertanding 30 kerusi termasuk lima calon di kawasan yang dituntut PKR iaitu Sanjan Anak Daik (N19 Mambong), Leon Jimat Donald (N32 Simanggang), Richard Anak Lias (N49 Ngemah), Kenneth Adan Silek (N66 Murum) dan Paul Raja (N78 Mulu).

Walau bagaimanapun Pengerusi PKR Sarawak, Bian Bian hari ini menafikan isu lima DUN itu sudah muktamad, sebaliknya berkata ia terbuka untuk rundingan dengan DAP bagi mengelak pertembungan di lima kawasan pilihan raya tersebut.

“Kami masih mempunyai dua hari untuk rundingan, dan kami pasti akan membuat keputusan dalam tempoh itu,” kata Baru dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali juga turut hadir semasa Baru Bian mengadakan sidang media itu.

Ditanya sama ada Chong telah menemui Azmin, beliau berkata: “Semua rundingan telah selesai dan Azmin tahu lebih daripada itu.”

Chong dengan tegas menjawab “Tidak” apabila ditanya sama ada perbincangan selanjutnya akan diadakan dengan PKR isu 5 DUN tersebut.

Beliau berkata DAP negeri itu berpegang kepada persetujuan mengenai pengagihan kerusi antara kepimpinan kebangsaan kedua-dua parti.

“Saya berharap PKR akan menghormati perjanjian dan tidak mengubahnhya. Jika tidak, pengundi tidak akan mempunyai keyakinan kepada parti,” katanya lagi

One thought on “Amaran Terakhir DAP Sarawak Kepada PKR : Jangan Tuntut Lagi 5 DUN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s