DAP Rampas Satu Lagi DUN Baharu; Daripada 29 Kepada 30 Kerusi DUN PRN Sarawak

dap calonAIDCNews – 22/4/16 – DAP Sarawak merampas satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu Sarawak menjadikan parti itu bertanding daripada 29 kepada 30 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke-11.

Satu kerusi yang dirampas DAP adalah N63 Bukit Goram yang merupakan salah satu daripada 11 kerusi DUN baharu hasil persempadanan semula kawasan PRN Sarawak.

Sebelum ini, DAP telah mengumumkan bakal bertanding di lima daripada 11 DUN baharu iaitu N17 Stakan; N23 Bukit Semuja; N66 Murum; N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Bermakna 5 lagi daripada baki 11 DUN baharu, iaitu N13 Batu Kitang, N18 Serembu, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian akan ditandingi sama ada oleh PKR atau PAN.

Menurut The Borneo Post DAP Sarawak mengambil keputusan merampas N63 Bukit Goram pada saat-saat akhir kerana pengunduran bekas Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng Wei Shien daripada bertanding di kerusi tersebut.

Larry Sng yang menubuhkan Parti SWP pada 2012 telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai presiden parti itu pada 21 April lalu, sekaligus menolak tawaran bertanding di DUN Bukit Goram atas tiket Pakatan Harapan.

Parti SWP dilaporkan telah mengadakan rundingan dengan DAP, sebab itu presiden parti itu, Larry Sng telah ditawarkan bertanding di Bukit Goram, namun Larry Sng menolak tawaran bertanding di DUN itu dan meletakkan jawatan dalam parti kerana mempercayai hanya BN mampu berkhidmat kepada rakyat.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata kekosongan yang ditinggalkan Larry Sng itu akan diisi oleh Larry Asap yang sebelum ini dicalonkan di N64 Baleh.

“Saya telah menghubungi setiausaha agung SWP lewat petang semalam (Rabu) dan mereka mengesahkan bahawa mereka tidak akan bertanding di Bukit Goram, oleh itu kami meletakkan calon Baleh kita (Larry Asap) ke Bukit Goram.

“Dengan pengunduran Larry Sng, kami menampilkan Larry Asap di kerusi itu,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan 29 daripada 30 calon DAP di Pusat Khidmat DAP Kuching semalam.

Chong memberitahu, kerusi Bukit Goram sememangnya diperuntukkan kepada DAP dalam rundingan asal sebelum SWP menyatakan hasrat untuk meletakkan Sng di kerusi tersebut.

Tambahnya, DAP meletakkan calon bertanding di kerusi itu sepatutnya, tidak menimbulkan sebarang isu memandangkan ia tidak tersenarai dalam 40 kerusi yang bakal ditandingi PKR.

Semalam, DAP telah mengumumkan 29 daripada 30 calon daripada parti mereka yang bakal bertanding PRN Sarawak.

Chong turut mengumumkan calon-calon daripada partinya di lima DUN yang sebelum ini dituntut PKR iaitu N19 Mambong (Sanjan Anak Daik); N32 Simanggang (Leon Jimat Donald); N49 Ngemah (Richard Anak Lias); N66 Murum (Kenneth Adan Silek) dan N78 Mulu (Paul Raja).

Turut diumumkan 10 calon bagi DUN baharu atau DUN yang belum ditandingi DAP sebelum ini iaitu; N2 Tasik Biru (Mordi Anak Bimol); N22 Kedup (Andrew Nyabe); N47 Pakan (Rinda Juliza Anak Alexander); N17 Stakan (Abdul Aziz Isa Bin Marindo); N23 Bukit Semuja (Edward Luak); N70 Samalaju (Baba Anak Emperan); N61 Pelagus (Frankie Bendindang); N62 Katibas (Paren Anak Nyawi); N69 Kemena (Leighton Manjah); dan N75 Senadin (Baru Langub).

Satu lagi calon DAP bagi kerusi N64 Baleh bakal diumumkan pada Sabtu ini.

Selain itu, turut diumumkan calon-calon di 12 DUN yang dimenangi parti itu pada PRN 2011 iaitu; N12 Kota Sentosa (Chong Chieng Jen); N9 Padungan (Wong King Wei); N10 Pending (Violet Yong Wui Wui); N46 Meradong (Ting Tze Fui); N51 Bukit Assek ( Irene Mary Chang Oi); N68 Tanjong Batu-nama lama Kidurong (Chiew Chiu Sing); N14 Batu Kawah (Chiew Wang See); N45 Repok (Yong Siew Wei); N52 Dudong (Yap Hoi Liong); N54 Pelawan (David Wong); N73 Piasau (Alan Ling Sie Kiong) dan N74 Pujut (Dr Ting Tiong Choon).

DAP juga berminat bertanding semula di N53 Bawang Assan meskipun pernah tewas pada PRN 2011.

Calon yang dinamakan bertanding di DUN itu adalah Chiew Sung Ngie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s