PKR Gagal Sekat Kerakusan DAP Rampas Kerusi, Ketua PKR Mas Gading Keluar Parti

baru-bian4
Baru Bian (kanan) kecewa ketua PKR Mas Gading, Sarawak, Boniface Willy Tumek (kiri) keluar parti pada Ahad
AIDCNews – 22/4/16 – Tindakan bekas Naib Pengerusi PKR Sarawak Boniface Willy Tumek keluar parti membayangkan perbalahan berhubung dengan pengagihan kerusi dengan DAP serius dalam Pilihan Raya Sarawak (PRN) ke-11.

Ia membayangkan kerakusan DAP merampas kerusi PKR dan kelemahan Parti Keadilan itu mempertahankan kerusi miliknya itu.

Boniface dilaporkan berkata PKR telah gagal mendapatkan kerusi N2 Tasik Biru daripada dirampas DAP, sedangkan PKR bertanding di DUN itu pada PRN 2011.

Pada PRN 2011, calon PKR, Datuk John Tenewi Nuek @ John Tenewi bertanding di N2 Tasik Biru, manakala Boniface bertanding di N1 Opar.

Boniface yang juga Ketua PKR Cabang Mas Gading berkata kegagalan PKR mempertahankan hak-hak mereka menyebabkan beliau hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR pusat.

“Sudah dua kali saya diarahkan untuk tidak bertanding. Pada pilihan raya Parlimen lalu, saya diarahkan untuk mengundur diri daripada mengemukakan pencalonan biarpun watikah sudah berada di tangan.

“Ini semata-mata untuk memberi peluang kepada DAP bertanding di kerusi itu.

“Yang lebih mengecewakan, prestasi DAP di kerusi tersebut pula hambar,” marahnya. Pada pilihan raya umum lalu, DAP meletakkan Mordi Bimol bagi menyaingi Anthony Nogeh (Parlimen Mas Gading) manakala pada pilihan raya negeri kali ini, Mordi sekali dicalonkan (di DUN Tasik Biru),”katanya dilapor Sarawak Voice

Tambahnya, PKR pusat hanya mementing kedudukan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dan mengenepikan Sarawak.

“Mereka (PKR pusat) terlalu memikirkan kedudukan PKR dalam gabungan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan negeri Selangor hingga menyebabkan di sekitar meja rundingan, PKR mengecut hingga boleh disamakan dengan anak kecil yang cuba kekal selamat dalam kawasan musuh.

“Lazimnya dalam situasi ini, keupayaan PKR untuk bertanding di mana-mana kerusi yang terdapat tuntutan bertindih daripada DAP akan memihak sepenuhnya kepada parti itu.

“Oleh yang demikian, bagi saya dan perjuangan saya, PKR bukan lagi platform yang berdaya maju,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata walaupun beliau kecewa dengan tindakan Boniface itu, namun beliau menghormati keputusannya dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya sangat bersimpati, beliau adalah salah seorang pemimpin PKR di Sarawak. Kami benar-benar kehilangan kerana beliau telah menunjukkan kepimpinannya.

“Beliau seorang yang berintegriti, itulah sebabnya beliau menjalankan tugas sebagai naib pengerusi dengan baik,” katanya dalam sidang media semalam.

Baru bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Boniface bahawa PKR tunduk kepada DAP dalam rundingan pengagihan kerusi yang berakhir minggu lalu.

“Saya tiada komen tentang itu. Beliau telah menyatakan pandangannya dan saya simpati dengan situasi yang dihadapinya,” ujarnya.

PRN Sarawak : DAP Rampas 10 Kerusi Milik PKR

Advertisements

3 thoughts on “PKR Gagal Sekat Kerakusan DAP Rampas Kerusi, Ketua PKR Mas Gading Keluar Parti

  1. Sebenarnya PKR bergantung kepada DAP & PAS pada PRU lepas. PKR kuat dari segi kewangan sebab bantuan dari Yahudi George Soros. Ahli PKR tak pun sampai 5ribu ahli. Nak tambah ahli PKR kena tambah duit ke DAP.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s