PKR Selalu Ikut Telunjuk DAP – Tumek

Boniface Willy Tumek (bertanda bulat)
Boniface Willy Tumek (bertanda bulat)
KUCHING- PKR Sarawak sudah lama mengikut telunjuk DAP Sarawak tetapi apabila hasrat Boniface Willy Tumek untuk bertanding kerusi Tasik Biru pada pilihan raya negeri kali ini tidak dipenuhi, naib pengerusi PKR negeri itu mengumumkan keputusan untuk keluar parti.

Tumek mendedahkan keadaan sedemikian sering berlaku ketika mesyuarat antara pakatan pembangkang di negeri ini, khususnya dalam menentukan calon dan kerusi pada setiap pilihan raya.

“Memang ada mesyuarat antara PKR dan DAP negeri dalam pakatan pembangkang di Sarawak. Namun setiap kali bermesyuarat, PKR tidak ada kuasa untuk pilih kerusi mana, dan kena setuju dengan apa sahaja keputusan DAP negeri,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Tumek, 59, dalam satu kenyataan mengemukakan surat peletakan jawatannya setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, kawasan yang terletak di Bau dekat sini, dan sebaliknya bersetuju supaya DAP bertanding kerusi itu.

Menurut Tumek, kepimpinan PKR terlalu berlembut dengan DAP dalam isu pembahagian kerusi.

Tumek berkata beliau menjangka kecenderungan PKR mengikut telunjuk DAP akan berterusan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di kerusi DUN Tasik Biru sebagai calon Bebas, Tumek berkata beliau tidak mempunyai perancangan untuk berbuat demikian.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian hari ini mengumumkan calon PKR untuk bertanding di 35 kawasan dan masih berharap untuk meletak lima lagi calon – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s