Phang Li Koon Terus Didesak Dedah Ketulenan Pengakuan Bersumpah

ANG CHOR KEONG (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya mengenai akuan bersumpah Phang Li Koon yang didakwa meragukan dalam sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, semalam

BUTTERWORTH – Ahli perniagaan, Phang Li Koon digesa tampil menjelaskan kepada umum tentang kesahihan akuan bersumpah (SD)yang dibuatnya kerana ia menimbulkan banyak keraguan dan tanda tanya.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Ang Chor Keong berkata, akuan bersumpah itu didakwa bukan dibuat secara ikhlas oleh Li Koon namun dilakukan bagi menyelamatkan orang lain.

Ini kerana ujarnya, akuan bersumpah itu dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Ma­sya­rakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan bukannya oleh Li Koon sendiri.

“Ahli perniagaan itu tidak pernah tampil di khalayak ramai untuk menjelaskan mengenai akuan bersum­pah itu serta menafikan kemungkinan yang surat akuan itu palsu.

“Dalam akuan bersumpah itu Li Koon mendakwa dia tidak mempunyai sebarang urusan bisnes dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang namun pendedahan sebuah portal atas talian sebelum ini membuktikan sebaliknya,” katanya kepada pembe­rita di sini hari ini.

Li Koon yang sebelum ini menjadi perhatian umum setelah menjual banglonya pada harga luar biasa murah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu, dia juga terlibat dengan skandal penjualan tanah Taman Manggis yang sepatutnya untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun dibeli untuk pembinaan hospital swasta dan hotel.

Tambah Chor Keong, Li Koon harus sedar bahawa menggunakan dan membuat akuan bersumpah palsu merupakan satu kesalahan yang serius di negara ini dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan Seksyen 200 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, jelasnya, Li Koon harus tampil membersihkan namanya serta menjelaskan kepada umum perkara sebenarnya dan tidak lagi melindungi orang lain.

“Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin berkaitan perkara ini dan berharap pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini dengan teliti.

“Saya menyeru kepada SPRM agar menyegerakan siasatan terhadap Guan Eng bagi mengembalikan integriti badan siasatan itu,” ujarnya – UM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s