PRN Sarawak: PAS Terkilan PAN Letak Calon Di DUN Sama

pujutSHAH ALAM: PAS melahirkan rasa terkilannya ekoran Parti Amanah Negara (PAN) turut meletakkan calon di lima kerusi yang sama dengan parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, keadaan ini akan menyebabkan undi pembangkang akan berpecah kepada dua dan ini akan memberikan peluang yang besar kepada Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

PAS sebelum ini pernah menyatakan supaya PKR, DAP dan PAN untuk tidak meletakkan calon di kawasan DUN yang sama namun perbincangan dengan PKR menemui kegagalan.

“Mereka hendak bertanding kita tidak dapat halang tapi kita tengok nanti sebanyak mana mereka mampu dapat, yang penting kita sudah buat kerja di kawasan ini (kerusi PAS) sudah lama.

“Kita yakin tapi kami rasa terkilan kerana perkara ini akan memberikan kelebihan kepada BN kerana pecah undi pembangkang aka memberikan peluang besar kepada BN,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

PAN dan PAS akan bertanding di lima kerusi yang sama iaitu DUN Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, dan Beting Maro.

Menurut Jofri, tindakan PAN bertanding di kerusi PAS memberi gambaran jelas matlamat sebenar mereka yang ingin menghapuskan PAS.

“Sekarang ini matlamat mereka jelas ingin menghapuskan PAS memang bila kita tengok dalam ‘Facebook’ mereka kata ingin menguburkan PAS seolah-olah PAS ini bergabung dengan BN.

“Sedangkan tempat yang PAS bertanding memang dengan BN tapi tidak tahu apa matlamat sebenar mereka adakah ada tujuan lain,”ujarnya.

Jofri juga mempersoalkan sebelum ini Pakatan Harapan (PH) pernah memberitahu akan memastikan hanya pertandingan dua penjuru yang berlaku iaitu antara pembangkang dan BN tetapi perkara sebaliknya berlaku.

“Dulu dia kata dia tidak mahu bertembung dengan Parti Islam bila berlaku perkara sekarang ini sudah jelas matlamat mereka sebenarnya.

“Mereka hendak menggantikan PAS bukan semudah menggantikan ‘tayar’ mereka masih baru tidak sampai setahun kita (PAS) sudah melebihi 60 tahun,”katanya lagi.

PAN mengumumkan 13 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan.

Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr Hatta Ramli berkata pihaknya tiada masalah untuk berdepan dengan lawan daripada mana-mana parti selain gabungan Pakatan Harapan.

Setakat ini hanya DAP yang masih belum mengumumkan senarai calon mereka – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s