‘Bukan 1 Tetapi 5 Kerusi’ Guan Eng Luah Kekecewaan Terhadap PKR

AIDCNews – 25/4/16 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan kekecewaan dengan sikap PKR yang tidak berpegang dengan perjanjian bertulis berkenaan agihan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Menurutnya, perjanjian bertulis yang telah dicapai antara beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada 7 April lepas adalah sia-sia dengan pertembungan DAP dan PKR pada penamaan calon PRN Sarawak hari ini.

“Kami rasa DAP tidak menerima apa yang yang sepatutnya. Saya dapati ini amat mengecewakan…sudah pasti akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan penyokong.

“Ini bukan hanya satu kerusi tetapi lima. Jika satu kerusi, kita mungkin boleh mengendahkannya tetapi bagaimana kita boleh mengabaikan lima kerusi?. Tidak ada komitmen untuk mematuhi perjanjian,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 7 April lepas, Guan Eng mewakili DAP dan Azmin Ali mewakili PKR sama-sama bersetuju membahagikan kerusi iaitu PKR bertanding di Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga, manakala DAP pula bertanding di Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.

Namun persetujuan di peringkat pusat itu tidak dipersetujui PKR Sarawak, malah parti itu bertegas menuntut lima kerusi; N19 Mambong (nama lama Bengoh), N32 Simanggang, N49 Ngemah, N66 Murum (DUN baharu) dan N78 Mulu (DUN baharu).

Sebagai tindak balas, DAP Sarawak menarik semula persetujuan memberikan DUN Batu Kitang kepada PKR dan menghantar calon, Abdul Aziz Isa bertanding di DUN tersebut.

Pada penamaan calon hari ini, bukan setakat N13 Batu Kitang berlaku pertembungan di antara DAP dan PKR, malah perkara sama juga berlaku di DUN Simanggang, Mambong, Ngemah, Murum dan Mulu.

1. N13 Batu Kitang : Abdul Aziz Isa (DAP), Voon Shiak Ni (PKR), Lo Khere Chiang (BN), Sulaiman Kadir(Bebas) dan Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

2. N19 Mambong : Sanjan ak Daik (DAP), Willie ak Mongin (PKR) dan Datuk Dr Jerip ak Susil (BN)

3. N32 Simanggang : Leon Jimat Donald (DAP), Norina Umoi ak Utot (PKR), Datuk Francis Harden ak Hollis (BN) dan Ngu Piew Seng (Bebas).

4. N66 Murum : Mathew Silek (DAP), Abun Sui Anyit (PKR), Chukpai Ugon (BN) dan Stanley Ajang Batok (Bebas)

5. N78 Mulu : Paul Anyie Raja (DAP), Paul Baya (PKR), Datuk Gerawat Gala (BN) dan Roland Dom Mattu (Bebas)

6. N49 Ngemah : Richard ak Lias (DAP), Thomas Laja ak Besi (PKR), Alexander ak Vincent (BN) dan Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)

calona

calonb

calonc

calond

calone

Advertisements

One thought on “‘Bukan 1 Tetapi 5 Kerusi’ Guan Eng Luah Kekecewaan Terhadap PKR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s