DAP Lawan Calon PKR Di N13 Batu Kitang

Calon PKR, Voon Shiak Ni berentap dengan calon DAP, Abdul Aziz Isa di DUN Batu Kitang
Calon PKR, Voon Shiak Ni berentap dengan calon DAP, Abdul Aziz Isa di DUN Batu Kitang
AIDCNews – 25/4/16 – Calon DAP, Abdul Aziz Isa yang pada asalnya dicalonkan di N17 Stakan ditukar serta merta bertanding semula di N13 Batu Kitang bagi mencabar calon PKR, Voon Shiak Ni.

Semalam, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata partinya tidak teragak-agak akan mengambil alih semula DUN Batu Kitang jika PKR memungkiri perjanjian.

“PKR telah langgar perjanjian asal,” kata Abdul Aziz, calon DAP Batu Kitang.

Menurutnya berdasarkan kajian Merdeka Center, DUN Batu Kitang dikatogerikan sebagai DUN boleh menang untuk DAP, namun diserahkan kepada PKR sebagai perjanjian untuk PKR tidak menuntut lima DUN yang lain.

Namun, Abdul Aziz berkata beliau telah diarahkan DAP Sarawak supaya kembali semula bertanding di DUN Batu Kitang pada pagi ini selepas PKR melanggar perjanjian tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut melahirkan kekecewaan apabila PKR melanggar perjanjian tersebut.

Pada 7 April lepas, beliau mewakili DAP telah mengadakan perjanjian bertulis dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperuntukkan Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga kepada PKR sebagai syarat PKR tidak bertanding di Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s