Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lemah Punca ADUN Sukar Bantu Rakyat

PETALING JAYA: Sistem pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang lemah adalah punca bantuan kepada golongan miskin tidak dapat disampaikan.

Demikian disuarakan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan yang kecewa apabila usul mereka terhadap pembangunan rohani rakyat negeri itu asyik ditolak.

ADUN Penanti, Dr Norela Ariffin mendedahkan usulnya di DUN telah ditolak secara mengejut sebanyak 13 kali sejak tahun 2013.

“Saya tidak tahu kenapa usul saya ditolak tetapi ia tidak akan membuatkan saya berhenti untuk bersuara demi orang ramai yang menghadapi banjir kilat dan masalah gangguan elektrik di kawasan luar bandar.

“Peruntukkan yang diberikan bagi kawasan saya terlalu kecil untuk saya suarakan masalah ini. Saya perlu memperbetulkan masalah ini dengan membawa usul berkaitan namun ia ditolak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.

Sementara itu, ADUN Berapit, Ong Kok Fooi juga kesal apabila tidak diberikan penglibatan penuh sebagai salah seorang penggubal undang-undang di Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau telah bekerja siang dan malam selama lapan tahun dan isu-isu yang diketengah seperti kesesakan lalu lintas dan perancangan yang kurang baik kerajaan tempatan tidak pernah diberi perhatian.

“Saya telah menyuarakan rungutan orang ramai di kawasan DUN saya tetapi amat menyedihkan apabila tiada apa yang telah dilakukan,” ujarnya – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s