PRN Sarawak : DAP Dedah Azmin Main Politik Tikam Belakang

DAP ChongAIDCNews – 25/4/16 – DAP Sarawak menunjukkan bukti bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bermain politik tikam belakang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menunjukkan bukti itu melalui rakaman telefon bimbitnya.

Dalam rakaman itu, menunjukkan perjanjian bertulis antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditandatangani pada 7 April lepas, yang memperuntukkan Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga kepada PKR.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.

dap1

Semalam, Malaysiakini melaporkan Azmin juga turut menjadi dalang untuk memberi restu kepada Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon daripada lima kerusi berbalah.

Lima kerusi itu adalah Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu yang juga bakal ditandingi DAP.

“Azmin beri gambaran kepada PKR negeri bahawa dia boleh mendesak di peringkat pusat untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru dengan DAP di Sarawak,” kata sumber Malaysiakini.

Chong, Pengerusi DAP Sarawak naik berang dengan pengkhiatan Azmin itu dan mengancam akan meletakkan calon di DUN Batu Kitang.

“Oleh kerana PKR tidak menghormati perjanjian, kita mungkin pergi ke Batu Kitang.

“Saya telah menerima banyak tekanan dan permintaan daripada ahli-ahli parti bahawa jika PKR tidak menghormati perjanjiannya, maka mengapa harus kita berpegang kepada perjanjian akhir itu,” kata Chong, dilapor Malaysiakini.

Chong berkata menurut kaji selidik berbayar yang dijalankan oleh Merdeka Center terhadap enam kerusi, DAP menerima penilaian yang lebih baik daripada PKR.

Dalam hasil kajian yang disediakan kepada pemberita hari ini, DAP menunjukkan rating 60 peratus yang menggalakkan di Batu Kitang berbanding PKR sebanyak lapan peratus. Chong berkata PKR tidak mempedulikan kaji selidik itu.

“Baru Bian secara terbuka berkata beliau akan veto perjanjian antara dua pihak. Dia tidak akan mengiktirafnya. Beliau berkata Azmin tidak mempunyai kuasa bagi parti di negeri ini.

“Dia berkata terdapat pertindihan kerusi. Adakah petunjuk ini cukup bahawa dia akan melanggar perjanjian di antara Azmin Ali dan Lim Guan Eng. Bukankah bukti yang mencukupi?” soalnya.

Ketika diminta mengulas jika Baru ditekan oleh pemimpin akar umbi PKR, Chong berkata: “Saya tidak tahu politik dalaman mereka tetapi mereka adalah orang-orang yang membakar jambatan..”

PRN Sarawak : Azmin Di Belakang Pemberontakan PKR Sarawak Terhadap DAP ?

2 thoughts on “PRN Sarawak : DAP Dedah Azmin Main Politik Tikam Belakang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s