Motif DAP Sebar Khabar Angin Palsu Dipertikai PKR Sarawak

AIDCNews – 26/4/16 – Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Voon Shiak Ni mempertikaikan motif penyebaran kahbar angin palsu berkenaan pencalonan beliau akan ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pencadangnya didakwa ‘muflis’ semasa penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semalam.

“Tiada apa yang salah dengan kertas pencalonan dan pencadang kami tidak muflis.

“Kelewatan (pengumuman calon) berlaku dipercayai kerana dua calon bebas menggunakan logo yang sama, kunci dan mereka mengundi untuk menentukan siapa yang akan menggunakan logo “kunci”

“Saya sesungguhnya menegaskan bahawa saya dan pencadang saya tidak pernah dipanggil dan disoal oleh pegawai pengurus,”kata Voon dalam Facebook.

“Siapa yang sebarkan khabar angin yang tidak bertanggungjawab ini ??,” sindir Voon yang sudah mengetahui bahawa khabar angin itu disebarkan oleh DAP Sarawak.

Beliau turut melampirkan satu artikel Malaysiakini bertajuk “DAP: PKR would have lost Batu Kitang today without us” yang mengandungi khabar angin tersebut.

dap-chong

Kandungan artikel itu memetik kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang berkata pembangkang akan kalah di DUN Batu Kitang jika DAP tidak menyertai pertandingan itu kerana pencalonan PKR hampir ditolak SPR.

“Proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi, tetapi pegawai-pegawai SPR lambat mengumumkan calon-calon (untuk DUN Batu Kitang).

“Ia didakwa berpunca daripada pertikaian kelayakan pencadang Voon iaitu Narawi Banayang, tetapi calon PKR menafikan perkara ini.

“Pengumuman calon telah dibuat secara rasmi pada jam 11.30 pagi,”lapor portal itu.

Bagaimanapun, Chong mendakwa pertikaian terhadap status pencadang Voon adalah sebab bagi kelewatan dalam pengumuman calon tersebut.

“Saya percaya jika kita tidak berdiri atau menghantar calon untuk Batu Kitang, pegawai pengurus kemungkinan besar akan membatalkan penamaan calon PKR.

“Jika ini berlaku, ia akan memberi (calon BN) SUPP menang secara percuma,” kata Chong kepada pemberita di Kuching semalam.

DAP, dalam perjanjian dengan kepimpinan PKR pusat dua minggu lalu, telah melepaskan DUN Batu Kitang kepada PKR, walaupun kawasan itu berasaskan bandar dan majoriti pengundinya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

Namun, PKR didakwa telah memungkiri janji dengan menghantar calon di lima kerusi luar bandar, lalu DAP telah meletakkan calon asal DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa bertanding di situ.

“Mengapa beri peluang pegawai (SPR) untuk menolak penamaan calon? Pada akhirnya, jika tidak kerana kami (DAP) melangkah masuk, tidak akan ada mana-mana calon pembangkang di situ.

“PKR perlu menjawab kenapa parti mereka berjuang keras (untuk mendapatkan DUN itu) dan kemudian mencipta satu peluang kepada BN untuk menang tanpa bertanding.

“Kami terpaksa bertanding di Batu Kitang. Seperti peristiwa berubah, ia membuktikan bahawa keputusan kami untuk bertanding adalah betul, “kata Chong.

Sementara itu, pengurus kempen Voon, Simon Siah Sy Jen dalam kenyataannya hari ini menafikan pencadang mereka, Narawi Palayan Miniandi sebagai seorang muflis.

Menurutnya, beliau sendiri telah memeriksa status latar belakang Narawi, pada malam sebelum hari penamaan tersebut.

“Kami menggesa Chong supaya periksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang boleh memburukkan maruah pencadang kami.

“Tuduhan itu adalah fitnah, dan Narawi merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.

“Malah, oleh kerana pegawai pengurus juga telah menerima pencalonan calon kami, ia tidak perlu dibangkitkan,” katanya kepada pemberita di pusat operasi PKR hari ini.

Narawi, yang hadir di sidang media itu berkata beliau tidak tahu mengapa dirinya menjadi sasaran DAP, dan sedang berfikir kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Chong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s