Pertembungan 6 Kerusi DAP-PKR Lunturkan Ego Lim Kit Siang

AIDCNews – 26/4/16 – Pertembungan calon DAP dan PKR di enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 telah melunturkan keegoan pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dan mengancam kedudukan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14)

“Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah mengalami halangan yang besar.

“Malang sekali pimpinan PKR tidak boleh berpegang kepada persetujuan yang telah diikrarkan oleh kedua belah pihak,”kata kepada pemberita ketika sidang media di ibu pejabat DAP semalam.

Kegagalan rundingan antara DAP dan PKR menyaksikan dua parti rakan itu bertembung di enam kerusi iaitu Mulu, Mambong, Murum, Simanggang, Ngemah dan Batu Kitang.

Meskipun Kit Siang enggan menjawab soalan bagaimana kedua parti itu merancang untuk mengenepikan perbalahan ini dan bekerjasama dalam pilihan raya, ahli politik veteran itu berkata semua yang berlaku bukan salah DAP.

“Semalam, seorang pemimpin PKR meminta DAP kembali ke meja rundingan. Saya tahu DAP tidak pernah meninggalkan meja rundingan itu. Kita telah capai suatu persetujuan, dan persetujuan itu telah ditandatangani dan persetujuan itu sepatutnya menjadi sandaran kepada PH dalam pilihan raya Sarawak ini.

“Tumpuan adalah pada BN, bukan PKR. Di kesemua enam kerusi (yang menjadi pertikaian) itu, saya nasihatkan semua ahli DAP supaya tumpu pada BN dan jangan ganggu PKR.

“Biar rakyat tentukan siapa betul, siapa salah. Samada PH boleh kembali seperti biasa atau tidak…kita akan tangani perkara itu selepas 7 Mei,” katanya.

Kit Siang juga turut mengakui pertembungan DAP dan PKR itu melunturkan kenyakinan orang ramai terhadap masa depan PH.

“Saya yakin orang ramai berasa kecewa kerana mereka nampak pasukan yang bersatu dan padu ini, yang boleh mempertanggungjawabkan pemerintah BN, telah mengalami halangan.

“Menafikan majoriti dua pertiga merupakan sasaran yang wajar walaupun pada ketika ini saya percaya ia tidak mudah dicapai memandangkan apa yang telah berlaku (antara kedua parti),” katanya lagi.

Sementara itu, Kit Siang semasa berceramah di Kuching semalam turut mengulangi kekesalan beliau terhadap pertembungan DAP dan PKR itu.

“Saya memohon maaf kerana gagal memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Sekarang kami menghadapi konflik di enam kerusi.

“Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya. Kita tunggu pilihan raya selesai,” katanya.

Penceramah lain di ceramah malam tadi terdiri daripada pemimpin DAP tempatan seperti Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Wong King Wei; Christina Chiew; Violet Yong dan Abdul Aziz Isa.

Chong selaku Pengerusi DAP Sarawak telah menggesa pengundi supaya memilih Abdul Aziz untuk DUN Batu Kitang.

“Tumpukan undi anda pada DAP, Aziz,” katanya, tanpa menyebut PKR.

Semalam di sidang media DAP, Chieng Jen berkata partinya akan berkempen secara bersendirian dalam pilihan raya kali ini.

Beliau menggesa pengundi supaya mengundi DAP di kawasan yang menjadi pertikaian dengan PKR, dan mengundi PKR di kerusi-kerusi yang tidak ditandingi partinya.

Semalam, Chong mendedahkan calon PKR di DUN Batu Kitang, Voon Shiak Ni hampir terbatal pencalonannya apabila pencadangnya diisytiharkan muflis.

“Pencadang PKR didapati muflis. Itulah sebabnya terdapat sedikit kelewatan dalam pengumuman calon,”katanya.

Menjustifikasi tindakan DAP mencalonkan Abdul Aziz di DUN Batu Kitang adalah betul, Chong berkata BN akan menang secara percuma di DUN berkenaan sekiranya pencalonan calon PKR ditolak SPR.

“PKR perlu menjawab kepada pengundi di kawasan itu sebab parti mereka berjuang keras untuk merebut kerusi itu tetapi gagal menutup peluang untuk BN menang tanpa bertanding.

“Ternyata, meletakkan calon kita (DAP) adalah keputusan yang betul,”katanya lagi.

calona

calonb

calonc

calond

calone

Advertisements

One thought on “Pertembungan 6 Kerusi DAP-PKR Lunturkan Ego Lim Kit Siang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s