Pertembungan DAP-PKR : Cerminan Dendam Peribadi Guan Eng & Azmin Ali ?

Abdul Rahman Malik – Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak menyerlahkan bahawa ada perbalahan di antara DAP dan PKR; sekurang-kurangnya di antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Sehingga saat akhir sehari sebelum penamaan calon, PKR mengisyaratkan kepada DAP ia tetap mahu bertanding di Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah and Murum. Justeru PKR dilaporkan mahu membincangkan lagi isu itu.

DAP menolak dan menegaskan sebelum ini bahawa kata sepakat berhubung siapa patut bertanding di kelima-lima kerusi berkenaan telah dimuktamadkan dalam mesyuarat pimpinan nasional PKR dan DAP.

Malah Guan Eng mendedahkan mesyuarat yang menetapkan bahawa DAP akan bertanding di kelima-lima kerusi berkenaan itu dihadiri oleh Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun didesak oleh pimpinan PKR Sarawak yang diketuai Baru Bian, Azmin mendakwa bahawa rundingan masih belum muktamad dan perlu dibincangkan semula.

Ini agak membingungkan kerana presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu sudah mengumumkan bahawa rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan sudah selesai.

DAP ‘tolak ansur’, PKR mungkir janji

Beberapa hari sebelum hari penamaan calon, DAP mengumumkan langkah ‘tolak ansurnya’ dengan mengisytiharkan bahawa ia bersedia mengizinkan PKR bertanding di Batu Kitang. Bagaimanapun PKR masih tidak berpuashati.

Azmin mengesahkan bahawa PKR akan meletakkan calonnya dalam pertandingan untuk lima kerusi berkenaan dan mengisyaratkan kepada Baru Bian mengeluarkan watikah pelantikan calon-calon PKR.

Sebagai tindak balas, DAP pun menurunkan enam calonnya (termasuk di Batu Kitang) untuk berhadapan calon-calon BN dan PKR pada hari penamaan calon.

Lim Guang Eng tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap tindak tanduk dan cakap berdolak dalik PKR kerana menganggap partinya sudah ‘diperdayakan’ oleh PKR yang tidak menepati janji.

“Ini bukan soal satu kerusi sahaja tetapi lima kerusi. Jika hanya satu kerusi kita boleh faham dan akan cuba untuk katakan ia suatu lepas pandang. Tetapi ini kes lima kerusi, bagaimana kita boleh lepas pandang?,” kata Guan Eng.

Bagaimanapun bak membuka pekung di dada, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kemudian memberitahu portal berita Malaysiakini bahawa beliau mendapat pengesahan Wan Azizah bahawa beliau tidak mengarahkan Baru Bian bertindak demikian.

Pertelingkahan kerana saingan peribadi Azmin-Guan Eng?

Ini membongkar teka-teki, apakah pertelingkahan di antara DAP dan PKR itu adalah sekadar persaingan peribadi di antara Guan Eng dan Azmin?

Berdasarkan sejarah mutakhir di antara kedua-dua personaliti itu memang Guan Eng dan Azmin pernah bersilang pemikiran bagaimana mahu mengurus negeri pimpinan mereka.

Azmin mempertikaikan cara Guan Eng menggugurkan dua pemimpin PKR di Pulau Pinang dalam dua syarikat kaitan negeri sebagai tindakan kurang budiman sesama kerabat Pakatan Harapan.

Sementara Guan Eng juga tidakpuas hati Azmin masih mendambakan kerjasama PAS dalam kerajaan Selangor. Kedua-dua isu itu adalah resipi mujarab membakar jambatan kerjasama di antara keduanya.

Justeru percanggahan kepentingan kedua-dua parti pun nampak memanaskan lagi saingan di antara pemimpin dua negeri itu. Ia juga mungkin sudah menjalanr untuk bersifat peribadi.

Atau, adakah mungkin punca perbalahan itu sebenarnya ialah pergeseran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Presidennya, Wan Azizah?

Di mana Saifuddin Nasution?

Keputusan pelik yang dibuat oleh pimpinan PKR ini menimbulkan persoalan, apa sudah jadi dengan Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang terkenal sebagai pakar strategi parti itu?

Beliau memang dikenali sebagai pemimpin yang cekap membina jambatan politik dengan pemimpin dari PAS dan DAP. Ke mana hilangnya Saifuddin? Mengapa Timbalan Presiden yang mengambil langkah berurusan dengan DAP?

Atau apa sekurang-kurangnya sudah terjadi dengan Naib Presiden PKR Nurul Izza Anwar yang juga timbalan Pengarah Pilihanraya PKR? Adakah ini semua riak yang membayangkan ada semacam krisis dalam parti itu?

Atau, adakah ini sebenarnya petunjuk matlamat perjuangan politik di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan? Bahawa boleh bekerjasama untuk menumbangkan BN.

Bagaimanapun apabila menjangka kemenangan sudah diambang mata kedua-duanya mula menunjukkan belang politik sebenar masing-masing?

Jika inilah permainan politik PKR dan DAP tidakkah rakyat Sarawak perlu sedar betapa berbahayanya amalan politik kedua-dua politik dari Semenanjung ini yang sudah pasti menjadi ancaman kepada kesejahteraan politik Bumi Kenyalang!

Justeru mungkin inilah sebab munasabah bagi kerajaan Sarawak tidak mengizinkan beberapa pemimpin politik Semenanjung untuk menyebarkan ideologi dan perjudian politik yang ekstrim dan berbahaya ini di Sarawak.

keadilan

keadilana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s