PRN Sarawak Rumitkan Kerjasama PAS-PKR Pada PRU14 – Dr Zuhdi

AIDCNews – 26/4/16 –Pertembungan calon PKR dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan merumitkan lagi kerjasama politik di antara kedua parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14), kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd. Zuhdi Marzuki.

Menurutnya, PAS sejak dari awal lagi telah mengumumkan 11 kerusi yang parti ingin bertanding pada PRN itu dan meminta agar tiada mana-mana parti pembangkang meletakkan calon di kerusi tersebut.

Namun, tanpa mempedulikan permintaan PAS itu, PKR tetap meletakkan calon-calon mereka sekaligus berlaku pertembungan di antara kedua parti itu di empat kerusi iaitu DUN Kakus, Jepak, Lambir dan Pantai Damai.

“Setakat ni kita masih berpegang kepada keputusan yang dibuat Majlis Syura bahawa tahaluf siyasi dengan PKR masih ada.

“Kita tak pernah membatalkan perkara ini, cuma apa yang berlaku di Sarawak ni akan tetap menjadi perhatian PAS tentang sikap dan pendirian PKR terhadap PAS,” katanya kepada Antarapos.

Pertembungan PKR dan PAS dalam PRN Sarawak adalah seperti berikut :

1. N60 Kakus : Clement Bayang (PAS), Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng (PKR) dan Datuk John Sikie ak Tayai (BN)

2. N67 Jepak : Kiprawi Aman (PAS), Abdul Jalil Bujang (PKR), Datuk Talib Zulpilip (BN), Mohammed Anuar Abdul Hamid (STAR) dan Wong Hau Ming (BEBAS)

3. N72 Lambir : Mohammad Arifiriazul Paijo (PAS), Mohdar Ismail (PKR) dan Ripin Lamat (BN)

4. N4 Pantai Damai : Zainal Abidin Yet (PAS), Dr Abdul Rahman Junaidi (BN) dan Morni Shamsudin (PKR) – digugurkan pencalonan kerana bankrap.

Tindakan PKR meletakkan calon di empat kerusi yang mahu ditandingi PAS bertentangan dengan jaminan yang sebelum ini telah diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa tiada pertindihan kerusi membabitkan dua parti itu.

Dr Zuhdi berkata PKR sepatutnya tidak meletakkan calon di kawasan DUN yang ditandingi PAS kerana senarai tersebut adalah kerusi tradisi parti Islam itu pada PRN lepas.

“Bila kita dah umum senarai kerusi itu, PKR sepatutnya memberi laluan kepada PAS kerana sebahagian daripada 5 kerusi tu memang kita dah pernah bertanding sejak dulu lagi. Jadi apa yang berlaku ni menunjukkan bahawa PKR memang tak mahu berbincang dengan PAS,” katanya lagi.

Malah katanya, PAS sudah dapat menghidu pertindihan tersebut akan berlaku ekoran PKR tidak mahu mengadakan perbincangan dengan mereka.

“Dalam konteks Sarawak ini, PKR memang tak mahu bincang dengan PAS. Awal-awal mereka dah beritahu tiada perbincangan kerusi dengan PAS kerana ia melibatkan PH iaitu PKR, DAP, PAN. Jadi PAS tak terlibat dalam perbincangan pembahagian kerusi Sarawak ni,” jelas beliau.

Pada penamaan calon semalam, calon PAS bukan setakat bertembung dengan PKR, tetapi juga bertembung dengan calon Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

PKR, DAP dan PAN adalah gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

PAS bertembung dengan PAN di lima DUN seperti berikut:

1. N07 Samariang – Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS), Nani Sahari (PAN) dan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN)

2. N16 Muara Tuang : Zulkipli Ramli (PAS), Abang Abdul Halil Abang Naili (PAN) dan Datuk Idris Buang (BN)

3. N24 Sadong Jaya : Asan bin Singkro (PAS), Othman Bin Mustapha @ Mos (PAN), Aidel bin Lariwoo (BN) dan Awang Rabiee bin Awang Hosen (BEBAS)

4. N27 Sebuyau : Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS), Andrew Anak Jain (PAN) dan Julaihi Narawi (BN)

5. N29 Beting Maro : Hamidah Mokhtar (PAS), Andri Zulkarnaen Bin Hamden (PAN) dan Razali Gapor (BN)

PAS juga bertembung dengan DAP di dua DUN seperti berikut :

1. N70 Samalaju : Zharudin Narudin (PAS), Baba ak Emperan (DAP) dan Majang ak Renggi (BN)

2. N74 Pujut : Jofri Jarainee (PAS), Ting Tiong Choon (DAP), Datuk Hii King Chiong (BN) dan Fong Pau Teck (BEBAS)

Advertisements

2 thoughts on “PRN Sarawak Rumitkan Kerjasama PAS-PKR Pada PRU14 – Dr Zuhdi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s