‘Superman’ DAP Label PKR Sebagai Parti Bankrap

dap-hewAIDCNews – 26/4/16 – Penceramah terkenal DAP yang dikenali sebagai ‘Superman’ iaitu Kuan Yau Hew telah melabel PKR sebagai parti bangkrap.

“PKR adalah parti ‘pok kai’ (bangkrap),”kata Superman dalam Facebooknya.

Superman DAP
Ia merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaku memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Kenyataan ‘Superman’ yang juga aktivis DAP Perak itu telah dikongsi oleh bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik.

“Suruh PKR pergi jahanam,” kata Ng yang juga Ahli Parlimen DAP Tanjong, Pulau Pinang.

Kritikan ‘Superman’ dan Ng terhadap PKR itu berdasarkan pengakuan Azmin yang mendakwa mendapat mandat daripada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meminta PKR Sarawak meneruskan pertandingan di lima kerusi itu sebagai jalan menyelesaikan pertikaian perebutan kerusi.

“Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon,” kata Azmin.

Bagaimanapun Azmin berkata, beliau tidak ingat bilakah Wan Azizah memberinya mandat tersebut.

Azmin berkata keputusan beliau menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan pada 7 April lalu, bukanlah suatu keputusan yang muktamad.

Ia membawa maksud ‘bersetuju pada prinsip’ tetapi memerlukan perbincangan selanjutnya.

dap-pokai

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyifatkan PKR pada ketika ini seumpama “duri dalam daging”.

Walau bagaimanapun, Chong berikrar untuk tidak menyerang PKR semasa berkempen di enam kerusi yang turut ditandingi PKR.

“Kempen kami akan menyentuh soal dasar-dasar,” jelas Chong tanpa mengulas lanjut.

3 thoughts on “‘Superman’ DAP Label PKR Sebagai Parti Bankrap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s