Keegoan Guan Eng Punca PKR-DAP Bertindih 6 Kerusi – Dr Mansor

AIDCNews – 27/4/16 – Keegoan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang enggan mengalah merupakan punca pertindihan calon PKR dan DAP di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Ahli Biro Politik PKR Dr Mansor Othman.

Katanya PKR sebelum ini berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

Justeru parti hanya mengumumkan 35 kerusi dan bukannya 42 kerusi, lima kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan dua lagi belum ditentukan calonnya.

“Mesyuarat Biro Politik PKR yang lalu telah meletakkan keutamaan kepada proses rundingan kerusi, tetapi parti bersedia untuk pertandingan tiga penjuru sekiranya proses rundingan tersebut gagal.

“Azmin terus menghubungi Guan Eng dan mencadangkan penyelesaian pertindihan lima kerusi dengan tiga diserah kepada PKR manakala dua lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

“Akan tetapi Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” kata Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang melalui satu kenyataan media.

Walaupun PKR berhasrat menghantar 42 calon, namun pada hari penamaan calon parti itu hanya menghantar 39 calon sahaja dan tidak menghantar calon di DUN iaitu N79 Bukit Kota, N82 Bukit Sari dan N80 Batu Danau.

Jelas Mansor, sebelum ini Guan Eng mengadakan pertemuan bersama Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Dalam pertemuan itu Guan Eng meminta Azmin dan Izzah untuk menandatangani nota perjanjian yang mengandungi senarai kerusi dan beliau berjaya memujuk Timbalan Presiden PKR itu untuk menurunkan tandatangan.

Tetapi menurut kefahaman Azmin tandatangan itu bukanlah satu keputusan yang muktamad, ujarnya.

“Hanya Azmin yang bersetuju menandatangani – yakni “secara prinsip bersetuju” – dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.

“Persefahaman antara Guan Eng, Azmin dan Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ia bukan mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau menggesa supaya DAP dan PKR terus berbincang seperti mana yang disarankan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu lawan satu dengan BN,” katanya.

PKR dan DAP telah bertembung di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

1. N13 Batu Kitang : Abdul Aziz Isa (DAP), Voon Shiak Ni (PKR), Lo Khere Chiang (BN), Sulaiman Kadir(Bebas) dan Datuk Seri Othman Bojeng (Bebas)

2. N19 Mambong : Sanjan ak Daik (DAP), Willie ak Mongin (PKR) dan Datuk Dr Jerip ak Susil (BN)

3. N32 Simanggang : Leon Jimat Donald (DAP), Norina Umoi ak Utot (PKR), Datuk Francis Harden ak Hollis (BN) dan Ngu Piew Seng (Bebas).

4. N66 Murum : Mathew Silek (DAP), Abun Sui Anyit (PKR), Chukpai Ugon (BN) dan Stanley Ajang Batok (Bebas)

5. N78 Mulu : Paul Anyie Raja (DAP), Paul Baya (PKR), Datuk Gerawat Gala (BN) dan Roland Dom Mattu (Bebas)

6. N49 Ngemah : Richard ak Lias (DAP), Thomas Laja ak Besi (PKR), Alexander ak Vincent (BN) dan Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)

Advertisements

One thought on “Keegoan Guan Eng Punca PKR-DAP Bertindih 6 Kerusi – Dr Mansor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s