Krisis DAP-PKR Mungkin Merebak Ke Luar Sarawak – Joceline Tan

dap-lksAIDCNews – 27/4/16 –Krisis dalaman DAP dan PKR ekoran daripada pertembungan sesama sendiri di enam kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mungkin merebak ke luar negeri itu, kata kolumnis The Star, Joceline Tan.

Menulis dalam rencana terbaharu bertajuk “DAP-PKR feud could boil over” Joceline berkata pencalonan calon DAP di DUN Batu Kitang mungkin akan mengulangi episod kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan tahun lepas.

“DAP mengambil risiko yang besar dengan meletakkan Abdul Aziz di Batu Kitang walaupun beberapa orang berfikir ia tidak akan memberi kesan terhadap orang Cina kerana (parti) Roket itu masih di dalam mimpi mereka.

“Mereka fikir undi Cina adalah milik mereka selama-lamanya. Hasilnya boleh menjadi seperti di Teluk Intan, “kata seorang pemaju hartanah Cina, dipetik Joceline.

Abdul Aziz Isa pada permulaannya di dicalonkan di DUN baharu Stakan, namun dipindah serta merta sehari sebelum penamaan calon di DUN Batu Kitang kerana DAP Sarawak marah dengan tindakan PKR mahu meletakkan calon di DUN Mambong, Simanggang, Murum, Mulu dan Ngemah.

Di DUN Batu Kitang, calon DAP, Abdul Aziz Isa berentap dengan calon PKR, Voon Shiak Ni (PKR) melawan calon BN, Lo Khere Chiang dan dua calon bebas yang lain.

“Batu Kawah dan Batu Kitang adalah antara kerusi panas untuk ditonton dalam pilihan raya.

“Persaingan antara DAP dan PKR telah menggelegak untuk beberapa lama dan ia akhirnya memuncak.

“Pertembungan DAP-PKR mungkin melibatkan hanya beberapa kerusi dalam pilihan raya tetapi riak akan merebak di luar Sarawak, ulas Joceline.

Menurutnya, DAP juga menumpukan perhatian terhadap DUN Batu Kawah kerana parti itu berhasrat untuk mematikan karier politik Datuk Dr Sim Kui Hian, presiden parti dominan Cina dalam Barisan Nasional.

Walau bagaimana pun pengajaran daripada PRN Sarawak 2011 menunjukkan tidak semua impian DAP menjadi kenyataan.

“Hasilnya, dua daripada lima kerusi Cina di kawasan bandar Kuching tidak semestinya jatuh kepada DAP,” ulas Joceline yang merujuk kepada PRN 2011.

Menurutnya lagi, isu calon PKR yang gagal bertanding di DUN Pantai Damai kerana isu bangrap juga menjadi bahan gosip di kalangan pimpinan DAP Sarawak.

“Ahli-ahli politik DAP telah mencucuk keseronokkan terhadap calon PKR yang hilang kelayakan bertanding di Pantai Damai kerana calonnya mempunyai isu muflis.

“Di Batu Sari, calon PKR tidak muncul dan BN menang tanpa bertanding.

“Akhbar tempatan berbahasa Cina See Hua Daily memilih tajuk yang berbunyi : ‘menembak meriam dalam semua arah’.

“(Iaitu bermaksud) Pakatan Harapan telah gagal untuk memberi momentum di Sarawak,”ulasnya lagi

One thought on “Krisis DAP-PKR Mungkin Merebak Ke Luar Sarawak – Joceline Tan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s