Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan Seperti Biasa Dipengerusikan Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU- Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi ini di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu. Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi.

Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi.

Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata pada Isnin yang beliau akan menghadap Sultan Terengganu dan bahawa pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s