PRN Sarawak Beri Petunjuk PRU 14, PAN Bakal Bertanding Kawasan PAS – Nik Abduh

AIDCNews – 27/4/16 – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) yang meletakkan calonnya di kawasan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan petanda awal bahawa perkara sama akan berulang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Kita sudah tahu PAN akan meletakkan calon di tempat PAS bertanding. Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang bahawa PAN akan bertanding di kawasan-kawasan PAS,” ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Tambahnya, sikap PKR dan DAP yang sukar melepaskan kerusi ditandingi kedua-dua parti itu pada PRN Sarawak adalah petanda PAN tidak mempunyai pilihan, selain bertanding di kawasan PAS.

“PAN tidak akan bertembung dengan parti dalam Pakatan Harapan, kerana mereka tidak akan beri kerusi. Ia menjadi petanda bahawa tidak mudah untuk DAP dan PKR beri kerusi kepada PAN,” ujar beliau lagi.

Pada penamaan calon PRN Sarawak pada Isnin, PAS dan PAN telah bertembung di lima kerusi , iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

1. N07 Samariang – Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (PAS), Nani Sahari (PAN) dan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN)

2. N16 Muara Tuang : Zulkipli Ramli (PAS), Abang Abdul Halil Abang Naili (PAN) dan Datuk Idris Buang (BN)

3. N24 Sadong Jaya : Asan bin Singkro (PAS), Othman Bin Mustapha @ Mos (PAN), Aidel bin Lariwoo (BN) dan Awang Rabiee bin Awang Hosen (BEBAS)

4. N27 Sebuyau : Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (PAS), Andrew Anak Jain (PAN) dan Julaihi Narawi (BN)

5. N29 Beting Maro : Hamidah Mokhtar (PAS), Andri Zulkarnaen Bin Hamden (PAN) dan Razali Gapor (BN)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s